Komrad

Mar 26, 2011

Panduan Temuduga Biasiswa

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Result SPM 2010 pun dah keluar. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berpuas hati dengan result masing, usah bersedih banyak lagi peluang di masa depan kalau nak perbaiki diri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan?

Dalam banyak-banyak yang dapat result cemerlang, yang berbaris A+ dalam slip result tu kan, mesti ramai juga yang mohon biasiswa atau bahasa kampungnya scholarship. Tak kirala samada MARA, JPA, Petronas, Khazanah, Shell, Telekom, KPM dan macam-macam lagi. Dan mungkin juga ada yang memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) yang memang ada temuduga nanti. Ataupun lain-lain program dan kursus yang memerlukan temuduga untuk terpilih.
Klik sini untuk lihat peluang dapatkan biasiswa.

Buckle up boys!!!!Sila lah baca dengan teliti:

1. Penampilan diri.
Ini salah satu aspek yang penting kalau mau pergi temuduga biasiswa. Bukan apa, agak-agak kalau kita datang temuduga selekeh pakai singlet + seluar skinny jeans + selipar jepun panel penemuduga tu percaya tak kita ni nak bagi kita lepas temuduga tu. Penting ni sebab dari penampilanla para penemuduga ni buat 1st impression.

Kalau lelaki, kenala kemaskan rambut, misai dan janggut (kalau ada, jangan biar serabai). Pakai baju kemeja yang sesuai dan sedap mata memandang.Lepas tu pemilihan tali leher / necktie pun penting untuk dipadankan dengan kemeja yang dipakai. Boleh lihat di sini. Kalau ada vest boleh pakai juga. Kasut kalau boleh pakaila kulit atau PVC dan berkilat bersinar-sinar sampai boleh buat cermin muka kalau nak.

Kalau perempuan, bagi yang bertudung pakailah tudung yang simple-simple (tudung bawal) atau kalau nak berfesyen pun pakai tudung style macam Yuna tu tapi janganla pakai macam Hana Tajima pulak cik akak. Ni nak temuduga bukan Fashion Show. Bagi yang tak bertudung, elakkan la mewarnakan rambut, biarkan dengan warna asli dan pastikan dalam keadaan kemas. Untuk pakaian, bolehla pakai baju kurung ataupun baju kurung + seluar panjang / gaun / skirt yang sopan. Elakkan memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh dengan jelas (ketat macam pembalut nangka). Kasut pula, pakaila kasut yang bersesuaian dan kalau boleh elakkan kasut high heel.

Sumber: Kelas Penampilan Diri - CuteCarry



2. Penyusunan sijil-sijil berkaitan.
Ini pun penting juga...dan untuk tidak memeningkan kepala bolehla rujuk di blog Burungman ni.

3. Esei pasal diri sendiri dan Curriculum Vitae (CV)
Kalau pasal esei boleh tengok di blog Kembara Maysaa. Bolehla ambil serba sedikit idea tapi minta izin dengan tuan punya blog la.

Curriculum Vitae pun penting. Ni lebih kurang macam iklankan diri sendiri la. Kena bagitau pasal maklumat diri, pencapaian waktu sekolah dulu dan perkara-perkara yang boleh jadi kelebihan kita macam kemahiran berbahasa asing, teknologi komputer dan macam-macam lagi. Dari Curriculum Vitae ni panel penemuduga boleh tengok sejauh mana daya kepimpinan kita dulu, aktif ke tak (ke jadi pasif je) dan banyak lagi yang dorang boleh tafsirkan. Untuk panduan lebih lanjut, bolehla rujuk di blog Andryongkinata, Quintcareers dan Career Services.

4. Soalan-soalan cliche'
Ni part yang best. Kenapa? Sebab dalam kebanyakan temuduga nak dapat biasiswa, soalan dia lebih kurang macam ni la.
  • Kenapa nak jadi doktor/ engineer/ cikgu etc etc?
  • Kenapa nak belajar di luar negara? Taknak dalam negara?
  • Kalau ada tawaran untuk kerja di luar negara bila habis belajar, nak balik ke nak kerja sana?
  • Kalau diberikan peluang, nak belajar di negara mana?
Ini hanyala beberapa contoh. Terpulang kepada panel tu nak tanya macam mana.

5. Pengetahuan am.
Ni pun penting juga sebab dari sini, panel penemuduga ni boleh tengok sejauh mana kita sedar keadaan sekeliling. Jadi kita bukanlah hanya sekadar golongan nerd yang bangun tidur baca buku, makan pun ada buku di tepi pinggan/ tray, main bola pun sambil baca buku dan tidur pun berbantalkan buku. Dulu saya pernah kena soal,
"What is the current ratio of doctors to patients in Malaysia?"
 Haha, agak-agak boleh jawab tak? Dulu saya tak dapat jawab sebab memang saya tak tahu. Tapi kena cool la, jangan bagi nampak gelabah sangat dan cakapla

"Errrmm, I'm sorry. I don't know what's the exact ratio. But, I will find it out later if I've got this scholarship." (Muka tengah paksa senyum tapi nampak ganjil sebab pelik)
Jadi untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi kepada anda, siap sedialah dengan membaca banyak buku berkaitan pengetahuan am, suratkhabar, blog dan macam-macam lagi. Ambil perhatian pasal keadaan setempat macam penyakit, teknologi dan alam sekitar dan lagi bagus kalau ambil tau pasal isu antarabangsa juga.

6. Practice makes perfect.
Kalau nak lagi mantap dan tambah keyakinan diri, bolehla practice depan cermin sambil cakap sorang-sorang. Tapi lagi baik kalau kita cakap depan orang terutama ahli keluarga sendiri supaya ada feeling sikit. Lepas tu mana la tau dorang boleh bagi komen dan pendapat yang membina.

7. Masa itu emas.
Lagi satu, kalau boleh datangla awal. Kalau temuduga tu pukul 9 pagi, cuba datang paling lewat pun pukul 8.30 pagi. Bolehla kita ambil masa tu untuk tenangkan jiwa yang gabra.

8. Perkara biasa waktu temuduga
Kalau masuk bilik temuduga tu, ucapkanlah salam/ sapaan kat panel penemuduga tu. Jangan lupa senyum dan tak salah kalau kita practice senyum siap-siap.

Duduk hanya bila disuruh duduk. Lepas tu ambil masa dan cuba tenangkan diri.

Cakap dengan teratur, jangan terburu-buru. Kalau kita tak tahu cakap tak tahu tapi kalau boleh cubala pusing sikit supaya kita boleh dapat point. Jangan lupa minta maaf lagi-lagi kalau kita tersilap cakap.

Kalau bercakap, tengokla muka penemuduga tu. Jangan meliar pandangan ke tempat lain. Kalau kita bercakap sambil tengok tempat lain, maksudnya kita kurang yakin dengan diri sendiri. Jangan pula tunduk.

Kalau tak paham soalan, jangan malu tanya suruh dia ulang balik.

Kalau diberikan peluang untuk tanya soalan, bolehla tanya soalan macam bila boleh dapat keputusan temuduga ni atau perkara-perkara berkaitan. Jangan pula tanya dorang layan Akademi Fantasia ke tak.

Bila dah habis, jangan lupa ucap terima kasih.
__________________________________________________________________________________

Itula antara beberapa perkara asas dalam temuduga. Harap maaf sekiranya terkasar bahasa ataupun kurang lengkap tapi ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan alhamdulillah, saya dapat juga biasiswa ni. Lagi satu, jangan lupa berdoa banyak-banyak.

Semoga berjaya adik-adik sekelian.

Salam.

10 comments:

  1. mantap la wawan, boleh buat buku ni... nak minta izin berkongsi blog ngan adik2 ye

    ReplyDelete
  2. nak mintak share ye ngan adik akak.. dia baru lepas SPM

    ReplyDelete
  3. nak mntak share yer :)

    ReplyDelete
  4. Silakan, harap bermanfaat

    ReplyDelete
  5. sharing is caring ! thanks for that :)

    ReplyDelete
  6. thanks utk info yg abg bg...harap sya dpt mghadapi temuduga dgn tenang..sblum ni adk xpnh pergi ke mana2 temuduga walaupun d panggil utk mghadirinya..26/11/12 adalah tarikh temuduga utk mendapatkan biasiswa d tbung Baitulmal Mukah..jd sya bhrp abg doakan adk bjya mghdpinya ok??sya bhrp sgt dpt biasiswa tu agar dpt mringankn beban family sya... terima kasih abg Safwan ;)

    ReplyDelete
  7. Nk tnye sye nie di pnggil utk hadir sesi temuduga biasiswa tpi masalah yerr sye tak isi mne² pun permohonon biasisiwa. MOHON DIPERJELASKAN

    ReplyDelete

Sebarang masalah?