Komrad

Nov 28, 2008

dikejar anjing...

Exam dh semakin dekat masanya...aku berasa agak bimbang karena belum puas lg menghadap buku2 dan nota2 yg pastinya akan aku tinggalkan selama beberapa minggu selepas exam kuhadapi kelak...

Hari tersebut hari Khamis...aku mengambil keputusan utk mengulangkaji d library yg kusayangi (sebab ada air cond)...pagi lg aku dh melepak kat library dan aku membuat keputusan utk study math sebab aku mmg bangang skit kalau psl math ni...kulihat ramai jg budak IB yg mendampingi library ini karena kutau mungkin mereka jg sperti ku jg. Setelah melepak beberapa jam, sahabat2 ku (He, Jhar, Ciko & sebagainya) mengajakku makan kat DS..Usai makan, aku balik ke bilik dan melepaskan lelah bt sementara waktu.

Aku terjaga dr tidurku dan kulihat jam menunjukkan angka 3. Aku tau aku harus bergegas bangun dan seterusnya menuju ke library bagi meneruskan misi ku. Petang tersebut kudapati xla ramai budak yg lepak kt library..cuma ada beberapa org je spt Elly, member2 gila aku, Mahani, Hayati dan sebagainya. Aku membuat keputusan utk menyambung misiku utk study math. Setelah agak lama menghadap buku math dan GDC (mahal harganya), aku menutup'mereka' dan berjalan ke tangga utk menuju ke atas. Kudapati ada Atikah dan Mira sedang belajar.

Aku pun segera menuju ke arah mereka dgn niat utk mengacau mereka. Kemudian Arif a.k.a. Beckham dtg dan memulakan lawak sarkastik dan spastik beliau dan menyebabkan Atikah dan Mira hampir tergelak besar...namun berjaya mereka kawal atau bahasa muda-mudi sekarang control. Tepat pukul 4.55 pm, makcik library (aku tak tau apa nama dia) dtg dan menutup air-cond dan mengarahkan kami menutup lampu karena dh sampai masa utk tutup library. Kemudian semua yg ada pun bergegas balik.

Aku, Jhar, Arif dan He bercadang utk mengenakan bdk2 perempuan kelas aku. Kitorg becadang untk menakutkan mereka dgn membuat bunyi anjing dan berlari seolah-olah dikejar anjing. Aku sedaya upaya utk membuatkan Atikah dan Mira agar x terlepas namun hanya Atikah yg berjaya kupanggil dgn bantuan Anuar. Tatkala mendekati pagar rumah seorg doc India, He menjalankan kerjanya; meniru suara anjing sementara aku dan lain2 pula segera berlari seolah-olah ada anjing mengejar. Tetapi ku heran knapa perempuan rilex je. Aku pun berhenti dan tiba2 kedengarn lg bunyi anjing dan kali ini aku terlihat anjing2 dr rumah doc India berlari ke arah kami dan apalagi semua yg ada terus langkah seribu...perempuan menjerit takut. Nasib kami baik apabila pintu gate ke asrama x jauh dan anjing tersebut kembali ke rumahnya.

Setelah berjaya menenangkan diri, semua yg ada tergelak dan masing2 menyalahkan He. Kesian dia...."wey,korg yg suruh aku kn.Pesal tuduh aku sorg jer." Demikianlah luahan rasa x puas hati oleh He.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?