Tuesday, February 9, 2010

MALANG YANG TAK BERBAU

orang tua selalu kata,

malang tak berbau...yela mna ada bau.

Bukan macam kentut yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

*Lutut aku sakit sebenarnya,tu je yang aku nk cuba sampaikan

Thursday, February 4, 2010

aku tengah stres

aku tengah stres

Monday, January 25, 2010

Day 2 of KMS biggest loser

Assalamualaikum

Hari ini hari kedua aku menjalankan program mengurangkan berat badan aku.

Seperti semalam, petang ini aku jog dari Taman MPS ke Lake Garden.

Ramai juga orang yang jog,pelbagai lapisan umur dan warna kulit.

Meriah sungguh petang macam ni di Taman MPS.

Kanak-kanak bermain-main.

Aku teringatkan nostalgia lama zaman kanak-kanak aku.

Saat indah bermain bersama rakan-rakan dan saudara-mara

Bersama Wawa, Malik, Nami, Zul, Akmal, Kici dan ramai lagi

Aku rindukan zaman itu

Sunday, January 24, 2010

The KMS Biggest Loser

24 Januari 2010


Petang tadi aku memulakan langkah pertama untuk menurunkan berat badanku yang sememangnya berlebihan angkara penularan sel-sel adipos dalam badanku.

Aku mula memikirkan bagaimanakah Ciman berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dan sekarang beliau kelihatan lebih bergaya dan lebih sihat.

Bukan apa, takut juga kalau-kalau di usia semuda ini aku dihinggapi penyakit-penyakit kardiovaskular yang mengancam jiwa dan raga sehingga membuatkan aku untuk menjalankan gaya hidup sihat.

Oleh itu, aku mula mengorak langkah untuk "jog" ke Lake Garden. Rasa letih juga sebab dah lama aku tak melakukannya walaupun ini lah rutin aku sewaktu muda dulu. Aku sempat melalui Taman MPS dan ramai sungguh orang berekreasi bersama keluarga mereka, meriah sungguh!

Cukuplah hari ini aku jog mengelilingi Lake Garden sebagai permulaan. Harap-harap usaha aku ini konsisten dan kekal.

*Sedang memikirkan pasal perancangan pemakanan. Kurangkan lemak, gula dan karb berlebihan.

Tamat untuk hari ini, 08.47 malam.


Minggu Terakhir Januari 2010

Januari 2010 dah nak habis.

Keputusan peperiksaan sem 3 dah keluar...ramai yang meningkat, ramai juga yang menjunam.
Aku pun turut sama menjunam dan "dimarah" oleh Puan Rohana, cikgu bio kesayangan merangkap advisor EE aku.

Aku tengah bertungkus lumus menyiapkan redo IA Chemistry. Ingatkan dah siap semua rupanya ada 2 lagi yang aku tak perasan.

Tidak dilupakan IA Physics yang menimbun. Ada 4 lagi yang tak siap. Aku malas sungguh nak buat graf best fit ni.

World Lit aku juga menimbulkan problematik yang merunsingkan jiwa. Softcopy tiba-tiba hilang entah ke mana. Aku terpaksa menaipnya semula berdasarkan hardcopy yang dah di"conteng" oleh Puan Hasmah, cikgu Bahasa Melayu kesayangan kelas aku, MD43.

Extended Essay aku pasal Biology. Puan Rohana mungkin nak jumpa aku minggu ni.

TOK essay aku yang memeningkan kepala uban Pak Lan. Analoginya; kalau aku nak pergi mekah memang susah sebab tersesat sampai ke Kepulauan Fiji, tak sempat landing pun terus masuk Laut Pasifik.

Oral English...lagi hampeh. Aku orang pertama yang di"interview". Spontan aku menjadi gugup bila berhadapan dengan recorder.

Budak-budak yang apply UK Varsities tengah sibuk dengan interview mereka. Macam-macam cerita lucu dan sadis yang aku dengar. Ada yang apply untuk Manchester, Liverpool, Soton, Aberdeen, Cambridge dan tak dilupakan Newcastle Malaysia (NuMed). Semoga mereka semua mendapat tempat.

Tengah sibuk menyiapkan Nota IRP untuk semua subjek. Lagi pening kepala aku.

Puan Siti dah bagitau aku admission test untuk placement di Prague University, 1st Faculty of Medicine, Czech Republic 10/04/2010. Aku dah tengok juga sample soalan. MCQs Biology/Chemistry/Physics@Math untuk 3 jam. Semoga aku dan rakan dapat lepas test ni untuk dipanggil interview.

Aku dah mula merasai haba 1000000C dari International Baccalaureate ni.

*Cuti Raya Cina ni aku tak balik Sabah. Kolej suruh semua kosongkan asrama. Aku lagi bingung.

Friday, January 22, 2010

Mama (dedicated to my mom, Rusnah Hj. Liusin)

Today, I found an interesting book to read in Syakir's room. Dont' know whether it his book someone's else...

It's "Life is An Open Secret" written by Zabrina A. Bakar or also known as Sis Zabrina.

Upon looking at the book, I started to flip thru the book...hmmm, looks interesting.

Then, I started to read it...

There are 18 short stories in that book, and up to this moment I managed to read up to the 6th story.

The first story is about her sister being a mother...it's quite touching and makes me to think about my mama.

I started to imagine how difficult my mama had to carry me in her tummy for such a long time, then bring me to this world, risen me up until with love...

I started to remember there was a time when I got a high fever. She took care for me, ensured me to eat the medicine (I used to hate medicine), put a wet towel on my forehead, massage my hand. She did it days and nights, just to make sure that I would recover from my sickness. That time I couldnt see her love and care towards me, as I never think about it.

I also remember the time when she told some old folks stories to me and also my brothers. The stories such as Beliau Raya, Raja Koyok, Jambatan Besi; we would sit or "baring" together as we enjoyed listening to the stories.

Then, I also remember the time when the school break almost came to end. My mama would bring us to buy new sets of school uniforms, shoes and also bags. Then, we would buy books, stationaries and things related to schooling. She tried her best to make us satisfied though we are naughty and "cerewet".

Next, I also remember the time when she looked very tired and not very well and she will ask my help to massage her head and I did it. But still, I can see the calmness in her face.

Then, I also remember the time when I got my SPM result. Upon looking at the result slip, she hugged me, which made me want to cry on her shoulder. Then, she kissed on my cheek, not saying any words. I really miss that "hug". I could see the happiness on her face at that time and really miss that too.

I know that I'm not really a good son. But, I promised to myself that I will try my best to be a good son of her, make her happy and proud of me.

MAMA, PLEASE FORGIVE ALL MISTAKES THAT I DID TO YOU...I REALLY LOVE YOU MAMA.


My MAMA and ABAH

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu.

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Tempat menyatakan kasih,
Wahai ibu.

Betapa tidak hanyalah engkau,
Yang menyinari hidupku,
Sepanjang masa engkau berkorban,
Tiada putusnya bagai air lalu.

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Tempatku menyerahkan kasih,
Wahai ibu.

*Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Wednesday, January 20, 2010

1,2,3....pergi!!!

Tajuk entri ni xder kaitan pun dgn entri aku nih...

Hari ini aku bangun awal sikit...

Tgh duduk atas sejadah lpas solat subuh aku tpikir...

Mei nnt aku nk amik exam final Intenasioal Bakeleret...

Fuh, takut pun ada...rasa best pun ada...

Tpikir jg pasal result yg kluar julai nnt...

Then, yg paling best...fly overseas...InsyaAllah kalau xda rintangan dan halangan.

Then, psl Czech republic....aku apply msuk med school kat sna...tp 6 tahun bebb!!!

Dlu time kecik2, x penah ada impian aku jd medical doctor..

Aku nk jd pilot...xtau knapa. Nak sgt jd pilot dulu.

Now, I'm in KOLEJ MARA SEREMBAN...doing IB for Medicine.

Semoga aku dan rakan-rakan 1 batch ku berjaya.