Komrad

Mar 20, 2013

Kebotakan Serius

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

"Botak itu lambang kemewahan" LULZ

Baiklah, kali ini aku nak tulis pasal kebotakan. Ya, kebotakan. Kenapa kebotakan? Sebab aku rasa dan aku yakin dan aku percaya, aku sedang menuju ke arah kebotakan. Oh tidaaaaaaaaak!!!

Aku rasa dia shave rambut dia sebab kebotakan.

Seriously, ini lah satu benda yang memang jadi nightmare buat kebanyakan umat manusia. Dan bila aku google, macam-macam jenis kebotakan aku jumpa, dan macam-macam punca dan sebab. Dan tipikal bagi lelaki ialah Androgenic alopecia. Maksudnya, ada kaitan dengan hormon tapi disebabkan malas, aku taknak la jelaskan panjang lebar pasal jenis kebotakan yang ini. Kalau nak tau, google sendiri.

Macam-macam cara aku cuba kecuali pergi Yun Nam Hair Care dan yang sewaktu dengannya. Pakai shampu itu shampu ini, pakai tonik rambut la, pakai minyak kelapa la. Ada orang tanya kenapa tak pergi Yun Nam? Aku jawab, tak mampu. Hoho, tapi kalau ada orang nak sponsor why not giving it a try kan?

Dan kalau mengikut orang-orang yang banyak komen pasal rambut aku, mungkin antara sebab musabab kenapa benda alah jadi kat aku ialah; stress belajar, pemakanan, gaya hidup terlalu sihat dan mungkin sebab penggunaan bahan kimia secara melampau.

Cool bak hang! Gambar dicilok dari Wikipedia
Hmm, aku rasa mungkin juga. Sebab kalau stress aku dengar-dengar memang banyak kesan sampingan dan salah satu darinya masalah keguguran rambut lepas tu botak. Dah la hidup pun tunggang langgang belajar. Lepas tu, pemakanan dan gaya hidup terlalu sihat. Tu obviously memang dah jadi tabiie aku. Penggunaan bahan kimia pula, well bukan la guna racun kimia ke apa. Cuma mungkin sebab dulu waktu muda-muda main taram je syampu apa asalkan berbuih di kepala. Hoho.

So, siapa yang ada cara macam mana nak atasi benda alah ni boleh la kongsi dengan aku. Dan harap-harap kalau tak dapat dicegah pun, minta-minta la tak botak melampau sebelum aku kawin. Lepas kawin takpe, hehehe.

Botak, botak, botak.

"Hidup biar sederhana. Bila gatal, garu."

7 comments:

  1. botak itu sexy..hahaha

    ReplyDelete
  2. kalau rupa macam kat atas tu botak takpe tetap ensem hehe..btw suami akak kepala memang dah xde rambut sebab keturunan...ayah dia botak...adik bradik lelaki dia dan spupu dia pun botak...so tak kisahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, yg kat atas tu botak pun takpe...memang seronok la. Ooo, kalau botak seluruh kepala ok lagi, ni yg kalau botak tengah je tu yg hari. Sekarang rambut byk lagi, tp macam dah nampak ke arah kebotakan. Huhu

      Delete
  3. hi nak tanya, masa study di kolej mara, all girls yg muslims wajib bertudung ke? ataupun terpulang?

    ReplyDelete
  4. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi Betrayed mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    ReplyDelete

Sebarang masalah?