Assalamualaikum WBT
Salam 1 Dunia
Dah agak lama aku tak update blog ni. Agak-agak macam dah 2 bulan rasanya. Nak buka blog pun jarang, apatah lagi nak post entry baru. Memang ke laut la jawabnya. Ah, persetankan itu semua! Sini aku update blog ni.
---
Alhamdulillah, aku baru je habis block 2 untuk 1st year MBBS UIA Kuantan ni. Block ni pendek sikit banding block 1 tapi entah, sebab banyak sangat benda nak buat aku rasa macam pendek sangat la pula. Huha sana, huha sini tup tup, dah exam dah.
Lepas exam 3 hari (exam sekejap tapi seriously sangat packed sebab semua subjek sumbat dalam 1 paper sekaligus), maka kitorang pun cutila. Mula-mula, aku taknak balik pasal ingat nak ronda-ronda sikit tapi entah apa angin aku, tiba-tiba rasa nak balik pula. Ditambah dengan keadaan Sabah yang sekarang ni famous dengan isu "Soltan Sulu" di Lahad Datu, so aku pun tukar keputusan. Maka balikla aku.
Cakap pasal Soltan Bahlol Tiram ni (aku saja tak guna "nama sebenar" dia sebab Jamalul Kiram maksud dia baik, rosak nama tu nanti), aku rasa sangat mindblown. Kelakar pun ada. Ya memang dulu sebahagian dari Sabah ni di bawah Kesultanan Sulu tapi itu dulu. Sejarah hanya tinggal sejarah. Dah macam Liver-fool dah Soltan Tiram ni, bangga sangat dengan sejarah. Dan aku pun malas la nak ulas pasal perjanjian apa entah tu, pasal aku takdak rujukan sangat. Nak google, benda macam ni banyak sangat under the smoke (memandai je aku buat idiom baru). So let it be la.
Masa aku tengah tunggu adik aku di airport LCCT KK. Askar ni tunggu bos dia satu flight dengan adik aku. |
Seriously, masa tengah baru nak panas cerita pasal isu Lahad Datu ni aku memang dah agak dah benda ni akan jadi lama. Dengan banyak khabar angin di Facebook, Twitter, blog dan macam-macam lagi, memang sangat mencuakkan. Waktu itu, banyak sangat khabar angin sampai satu tahap, konon perang besar kat Sabah dah inevitable. Masa tu, aku rasa kebanyakan orang Sabah yang berada di luar Sabah memang tengah risau gila. Aku dah la nak exam, bila pikir benda benda macam risau la juga.
Kenapa risau? Sebab ada satu benda je. Orang Sabah rasanya tak risau sangat kalau benda ni hanya jadi kat Lahad Datu atau pun hanya setempat saja. Tapi masalah dia, orang Sabah takut benda ni merebak ke tempat lain di Sabah. Dah la ramai sangat pendatang dari Selatan Filipina yang mungkin ramai mereka yang sebangsa dengan Soltan Tiram tu. Jadi itu buat orang takut.
Tapi, bukan la bermakna semua orang Suluk/Tausug ni jahat. Ramai juga yang baik. Aku sendiri pun ada member orang Suluk. Aku pernah baca kat FB, ada satu orang Semenanjung ni post kata orang Suluk ni bangsa pendatang la, jahat la. Well, itu racist bro. Untuk pengetahuan semua, bangsa Suluk ni satu bangsa yang diiktiraf sebagai salah satu bumiputera Sabah. Paduka Mat Salleh, Tun Datu Mustapha tu pun ada darah Suluk.
So jangan la generalise semua orang Suluk tu jahat la, ganas la. Sebab ada dua jenis, satu Suluk tempatan, satu lagi memang pendatang yang baru datang. Tapi ada masalah, sebab yang pendatang yang baru datang ni pun ada IC juga, sebab Projek IC dulu. Dan satu lagi masalah, sesetengah Suluk tempatan ni ada yang sokong benda alah ni. Mak aku kata, kawan dia bagitau orang Suluk ni memang jaga hubungan sesama bangsa dorang. So, kalau orang cari pasal dengan sorang Suluk, kemungkinan untuk orang Suluk lain backup dia amat tinggi walaupun tiada hubungan saudara. Kalau ada hubungan saudara, lagi la.
Lepas tu, orang kata ada kaitan politik. Hmmm, aku taknak la ulas lebih-lebih tak pasal-pasal kena dakwa nanti. So, better play safe. Jangan jadi macam sorang cikgu kat Kelantan tu. Memang bangang abadi. Kalau kot ye pun nak sangat kutuk polis, simpan sendiri je la. Ni post kat Facebook. Sekarang padan muka kena tahan, siap kena gantung kerja lagi. Entah-entah esok lusa kena buang terus. Bangang selamanya.
Apa pun, aku tumpang bersedih dengan kematian anggota polis dan tentera kita yang meninggal dunia tu. Serius bila tengok berita kat TV, tengok video kat Youtube, baca itu dan ini, memang menyedihkan. Lagi-lagi bila tengok keluarga mereka, aku tumpang simpati. Lagi-lagi yang ada anak kecil, memang sungguh haru. Dah la ada sesetengah polis yang meninggal tu yang diseksa mayat mereka dengan kejam.
So far, aku nampak majoriti rakyat Malaysia yang ikut sama mendoakan kesejahteraan negeri Sabah, berbanding yang menghina. Bagus, bagus! Terima kasih semua.
"Hidup biar sederhana. Bila gatal, garu."
wslm....mmng sedih dgn keadaan kematian anggota polis kita namun ada juga org yg entah otak letak di lutut boleh keluar kenyataan bodoh mcm tu.
ReplyDeleteTau takpe kak, orang tengah sedih, kesian tgk family polis dgn tentera yg terkorban tu tetiba ada pula org yg ntah kurang kasih syg agaknya. Geram betul
Delete