Komrad

Jan 17, 2009

wahyu pilihan...

Surah Al-Fatihah (Pembuka Al-Quran)

01. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
02. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian a'lam.
03. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
04. Yang menguasai Hari Pembalasan (Hari Qiamat).
05. Hanya kepada-Mu (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada-Mu juga lah kami memohon
pertolongan.
06. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
07. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan ni'mat kepada mereka, bukan jalan orang
yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

*Diturunkan di Makkah.

Surah Al-Fatihah merupakan surah yang mula-mula sekali kita akan temui dalam mushaf Al-Quran. Surah ini juga disebut sebagai Ummul Kitab (Ibu Al-Quran) kerana isi kandungannya yang merujuk kepada keseluruhan Al-Quran, juga As-Syafiah (yang menyembuhkan) kerana ia memberi penyembuhan kepada penyakit rohani dan jasmani dengan izin Allah SWT, juga Al-Wafiyah (yang lengkap) kerana ia melengkapi keseluruhan Al-Quran, juga Al-Kafiyah (yang mencukupi) kerana dengan membacanya dalam solat sudah cukup untuk sah solatnya dan sebaliknya tidak membacanya, maka batallah solatnya, juga Al-Asas (asas) kerana diibaratkan sebagai asas Al-Quran, juga Al-Hamd (segala pujian) kerana bermula dengan kalimah ini, juga As-Sab'u Al-Mathani (tujuh tempat berhenti) kerana mempunyai tujuh ayat.

Ana masih ingt lagi semasa perjumpaan Usrah diadakan, kami berbincang tentang mengapa Surah Al-Fatihah disebut sebagai Ummul Kitab.

Surah ini sememangnya merangkumi keseluruhan Al-Quran. Di dalamnya:

01.Terdapat persoalan a'qidah; keimanan kepada Allah SWT beserta sifat-sifat-Nya, keesan-Nya, kurniaan ni'mat dan keimanan kepada Hari Qiamat. (ayat 1-5)
02.Persoalan ibadah; ibadah kita hanya kepada Allah, terdapat juga doa' memohon perlindungan dan hidayah, ikhlas, istiqamah dan kesatuan ummah. (ayat 6)
03.Minhaj kehidupan; pemilihan tata cara hidup yang diredhai Allah SWT. (ayat 7)



Bacaan Al-Fatihah Oleh Sheikh Shuraim (Makkah).

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?