Komrad

Mar 9, 2009

Salam Maulidur Rasul - Tun Dr. Safwan

KOTA KINABALU, 09 MAC - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Dr. Ahmad Safwan hari ini berbesar hati untuk merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Beliau yang juga merupakan TYT yang paling muda dalam sejarah negeri Sabah melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan kelancaran majlis yang berlangsung dengan jayanya.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan seluruh rakyat Sabah khususnya yang beragama Islam agar dapat menghayati semula kisah hidup dan perjuangan Rasulullah SAW yang merupakan insan terbaik pernah hidup di muka bumi. Seterusnya beliau juga mengajak para generasi muda agar menjadikan Baginda SAW sebagai insan contoh dalam kehidupan, bukannya menjadikan artis-artis sebagai ikutan dan idola.

Seterusnya beliau juga menyeru kepada semua agar sentiasa menjaga hubungan baik antara kaum memandangkan kedudukan Malaysia sebagai 'Multi-racial Country' bagi mengelakkan daripada berlakunya ketegangan kaum sepertimana yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969.

Beliau dijangka akan menghadiri satu majlis tahlil negeri bertempat Masjid Negeri di Sembulan pada malam ini dan orang ramai dijemput hadir.

4 comments:

  1. aii....

    macam kenal je gaya tulis yang sebegini rupa..

    ni macam nak kene mintak royalti ni..

    ngeh3...

    ReplyDelete
  2. hahahaha
    ko x patent kn>..\
    suke ati aku lerr.

    ReplyDelete
  3. Siapa reporter?

    ReplyDelete
  4. reporter gagal dikenal pasti..
    ni merupakan keratan akhbar sahaje..
    hahahah.

    ReplyDelete

Sebarang masalah?