Komrad

Feb 28, 2010

KUPAS

Assalamualaikum...

Akhirknya KUPAS ke 3 dah habis...tempohnya agak singkat iaitu selama hanya 2 hari dari 26 hingga 27 Februari tp banyak yg aku dpt belajar dan ketahui dari program ni.

Aku diamanahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Sameer utk menjadi Imam bagi Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Dewan Tun Hussien Onn...walaupun pd mulanya aku merasakan amanah ini sebagai 1 penghormatan, namun pd masa yg sama aku berasakan ianya sebagai 1 amanah yg begitu berat bagiku.

Imam...bukanlah 1 tugas yg mudah.Bukan semua org boleh mnjadi Imam....aku merasakan aku bukanlah org yg layak menjadi Imam namun kerana amanah aku lakukan juga.

Overall, KUPAS ni best juga. Tp dalam program2 yang diadakan,1 ceramah yg aku kurang puas hati (ceramah Brother Lim). Ceramah Ust. Fakhrurazi, bagiku sgt bagus dan berguna bg warga KMS khususnya dan Umat Islam amnya kerana membincangkan soal Iman dan Akidah yang sebenar bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Dari awal lagi aku mmg nmpak Brother Lim ni mcm menyebabkan aku kurang bersetuju dgnnya. Beliau mengatakan salah orang Islam di kampungnya yang menyebabkan ibu dan abangnya meninggal dunia dlm keadaan Kafir kerana tidak langsung ada usaha untuk memberikan pendedahan mengenai Islam kepada mereka.

Beliau menyatakan Orang Kafir boleh guna perkataan Allah untuk menamakan Tuhan mereka. Bagiku ini amat bersalahan dengan peganganku, beliau seolah-olah bersetuju meletakkan kalimah Allah yang Maha Suci itu kepada Tuhan yang orang kafir percaya yg dengan jelas menyekutukan Allah (Konsep 3 in 1 Trinity)

Beliau juga dengan selamba menggunakan kalimah Jihad untuk memaksudkan perbuatan hubungan kelamin. Pd mulanya kelihatan baik sahaja kerana digunakan utk menjelaskan hubungan suami isteri saja (yang suci dan satu ibadat jika kena caranya). Namun, apabila digunakan utk perbuatan bersekududukan @ zina @ adultery aku sangat tidak bersetuju kerana jihad ialah satu perkara yg suci dan merupakan jalan taqarrub kepada Allah.

Namun demikian, aku berterima kasih juga kpd Brother Lim yang sedikit sebanyak memberikan peluang kpd ku untuk memikirkan tentang persoalan adakah Bible itu Kalam Tuhan?

*Aku dapat anugerah Peserta Mithali...tak tahu kenapa tapi rasa segan pula sebab rasa tidak layak.

**Syabas dan tahniah kepada Saudaraku Jhar yg berani utk berdialog dengan Brother Lim tentang isu kalimah Allah. Walaupun kelihatannya beliau tewas, namun aku yakin masa kebenaran akan tiba kelak, Insya Allah.

2 comments:

  1. Semua orang boleh jadik imam..Tapi imam yg terbaik & di terima tu yg rmai orang tak boleh jadi

    ReplyDelete
  2. betul,tp sebab tak dapat jadi diterima itulah yang menyebabkan bukan semua orang boleh jadi imam. Berdosa orang tu kalau dia jadi imam sedangkan makmum tak suka dia jadi imam.

    ReplyDelete

Sebarang masalah?