Komrad

Mar 26, 2010

Tak tahu tajuk

Hari ini hari Jumaat, ada 39 hari lagi nak final Exam IB. Rasa macam sekejap je 2 tahun dekat Seremban ni, lepas kalau ada rezeki insyaAllah masuk med school. Amiiiin.

Malam semalam aku download lagu nasyid, Taubat Seorang Hamba nyanyian Irsyadee dan Hafiz Hamidun Ex-UNIC. Sedih dengar lagu ni, rasa insaf pula.

Masa tengah baring-baring lepas solat Jumaat kat Masjid Negeri tadi aku terfikir banyak benda. Aku pikir pasal hidup aku, zaman kanak-kanak RIBENA aku yang best:

Antara aku dan 3 orang adik aku yang lain, aku rasa aku yang paling banyak rasa apa itu "susah". Susah bukan bermaksud miskin@papa kedana@fakir tp paling banyak kena "pengajaran keras" berupa sebatan@cubitan@rotan dan sebagainya dari abah aku. Kena tampar pernah, kena suruh duduk kat kaki lima rumah malam-malam pernah.

Tapi aku bersyukur kerana merasa semua itu. Bila pikir balik, abah bukan suka-suka nak buat macam tu, abah nak tengok aku jadi ORANG bukan o-rang. Sebab tu juga la buat aku mula berfikiran matang, tengok dunia ni pada skop yang luas. Dulu aku memang marah, siapa yang suka kena pukul kan? Tapi aku dapat melihat kesannya dalam diri aku sekarang. Aku kawan juga dengan mat-mat gangster tapi aku tak jadi macam dorang, semua ni sebab didikan abah dan mungkin doa Abah dan Mama kepada Allah nak lihat aku jd ORANG bukan o-rang.

Aku faham dulu mungkin abah cepat panas, yela macam aku juga, orang muda la katakan. Tapi oleh kerana panas itulah yang mendidik aku, membentuk aku jadi macam.

Aku sayang kat abah aku. Aku sayang mama aku. Aku sayang adik-adik aku.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?