Komrad

Oct 9, 2010

Prague.Praha.Prag Episode 1 (Season 1)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, masuk minggu depan ni dah 2 minggu aku kat Prague / Praha / Prag ni. Kelas dan praktikal dah mula, lecture yang kadangkala best kadangkala umpama bilik tidur bagi imsomniac, bas dan metro yang terlalu menepati masa sampaikan 1 minit lewat pun boleh tertinggal, awek-awek blonde yang menggugat iman, kesejukan di pagi hari, tengah hari apatah lagi malamnya dan bangunan-bangunan purba di zaman dahulu kala.

Duduk kat Prague ni memang macam best tapi tak taula akan kekal best ke tak...mungkin ni bergantung kepada perspektif seseorang untuk menilainya (macam TOK)...oleh itu meh aku ceritakan serba sedikit pasal Prague / Praha / Prag yang baru aku jajah dalam 2 minggu ni.

1. Bilik tak perlu air cond
Masa memula aku masuk bilik asrama kat Troja (sebut Troya), aku hairan pesal takde kipas mahupun pendingin hawa. Nak buka tingkap yang gedabak besar tu pun aku cuak sebab memang kalau nak bunuh diri amat mudah sekali. Dan bila menjelang malam baru aku tau kenapa, sebab kat sini memang sejuk (sebab tengah autumn, apatah lagi winter nanti).

2. Jamban yang takde air.
Ni memang menjadi satu masalah buat orang-orang yang macam aku yang pasti akan menggunakan air semasa di dalam jamban. Yang ada hanyalah tisu dan memang agak perit juga nak menggunakan tisu sebab dah biasa guna air...macam tak yakin je bersih ke tak.

3. Makcik cleaner yang bising kalau bilik mandi basah (selain dari tempat mandi)
Ini juga merupakan 1 masalah besar buat mereka yang tak reti nak mandi dengan tenang dan penuh hati-hati. Tempat mandi hanya ditutup dengan 1 nylon curtain dan kena pastikan air tak memercik ke tempat selain tempat mandi di bilik mandi tu. Kalau dah basah juga lantai tu pandai-pandaila keringkan. Kalau tak alamat makcik-makcik cleaner akan membebel dalam bahasan yang tak difahami.

4. Meluasnya penggunaan bahasa Czech.
Dah kat Czech, mestilah guna bahasa Czech kan. Cuma yang membebalkan kepala, mereka-mereka ini tak ramai yang bercakap bahasa Inggeris melainkan kalau kita tanya. Apatah lagi golongan warga emas yang kebanyakannya tak tau bahasa Czech. Alamatnya, nak tanya trem nak pergi ke mana pun menjadi satu masalah yang besar.

5. Masjid (Islamic Centre) yang ada 2 sesi solat Jumaat.
Ni yang sangat unik. Masjid ni kecik je, lebih kurang macam surau di kampung-kampung di Malaysia la kot. Bila nak solat Jumaat keadaan agak sesak macam masuk dalam tin sardin (cuma agak teratur sebab ikut saf). Aku sangat suka bila masuk masjid ni sebab setiap kali orang keluar/masuk mesti akan bagi salam. Dan aku memang rasa lega la sebab dapat dengar dan jawab salam saudara seagama.

6. Arak dan babi murah harganya berbanding makanan halal.
Paham-paham jela...

7. Barang-barang yang harga melambung ke langit ke 7
Ini yang aku tak suka sangat. Nak beli kasut untuk Physical Exercise (PJK) memang rasa nak tak nak je sebab mahal 2 kali ganda. Bila usha baju-baju, seluar-seluar terutamanya jenama yang dah established mcm Nike, Adidas dan sebagainya...rasa sangat mahal. Padahal made in Vietnam, Thailand dan Indonesia. Selepas bercakap-cakap dengan Syazwan, aku dapat buat kesimpulan cukai barangan import memang tinggi, sebab tu agak mahal.

8. Bar, Night Club, Casino, Erotic Shop dan Strip Club yang macam pasir di tanah.
Agak mudah didapati di sekitar Prague dan biasanya Casino beroperasi 24 jam. Yang lain-lain tu aku tak tau la sebab aku pernah keluar malam sekali je...dan memang tak nak masuk tempat-tempat tu...

9. Bangunan fakulti yang berselerak.
Ni lagi aku tak suka. Memang tak best sungguh. Bukan macam UM, UKM, USM dan sebagainya yang bertumpu dalam satu kawasan. Lagi-lagi nak pergi Histology dekat Albertov yang memang tak menyeronokkan untuk dijejaki dalam ruang masa 15 minit sahaja ataupun Thomayer Teaching Hospital untuk kelas First Aid yang sangat jauh.

10. Anjing yang besar macam anak lembu.
Memang serius mencuakkkan apabila melihat anjing yang amat besar.

itula antara benda yang dapat dijumpai di Prague / Praha / Prag. Banyak lagi tapi aku akan bagitau nanti sebab aku dah letih nak menaip ni...

to be continued...(end of Episode 1: Season 1)

6 comments:

  1. dem, u do well in making me jealous :)

    all da bes dude..

    ReplyDelete
  2. wawan! rindu ko.. haha

    gudleck beb kt sane!

    ReplyDelete
  3. Blade: thanks dude, all the best for u too.

    Gee: Gee! Rindu ko juga...huhu

    Gudluck juga, kirim salam awek2 cun kat sana.

    ReplyDelete
  4. Asal ko tulis salam i m'sia?

    ko peminat najib ke?

    ReplyDelete
  5. MrJack: saja je nk tulis 1 malaysia...aku x minat pun dgn mamat tuh. lebih kurg nk menghanjing la jg...btw sape ko?

    ReplyDelete
  6. cis, camner i boleh tak perasan ada post ni? haha..nampak sangat lama tak blog walking.

    nice bedtime story in introducing prague. all the best. hope u're doing fine there.

    :D

    ReplyDelete

Sebarang masalah?