Komrad

Jan 30, 2011

Ahlan Wasahlan Khaulah Dania Mohd. Yaqzan

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah buat Saudara Yaqzan aka Ajon dan Kak Firyal atas kedatangan cahaya mata pertama mereka, KHAULAH DANIA...moga-moga tambah murah rezeki.

Buat pertama kalinya, aku merasa takjub dengan kebesaran Ilahi. Bukan bermakna selama ni aku tidak percaya dengan kebesaran-Nya, cuma kali ini baru aku dapat GETARAN di hati; tengok KHAULAH DANIA yang comel itu...rasa macam tak percaya bayi secomel itu asalnya dari Sperm dan Ovum. Tapi itulah hakikatnya...

 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
-Surah Al-Insan ayat 2-

Betapa Allah telah menjadikan kita dari air mani yang HINA, dan akhirnya makhluk yang sempurna fizikalnya...memang hebat Allah ni. Kenapa aku kata air mani itu HINA? Cuba katakanlah ada sesiapa yang pegang sebotol air mani (mungkin untuk didermakan, fikir positif), tiba-tiba tumpah kena kat baju...mesti geli kan? Cepat-cepat pergi basuh kan? Dari keHINAan Allah telah menukarkannya menjadi semulia-mulia makhluk; dengan syarat bijaknya AKAL. Tapi ramai orang sekarang yang tidak bersyukur; salah guna akal fikiran yang ada. Akhirnya lebih hina dari asal kejadiannya. Fikir-fikirkanlah

Ahlan Wa Sahlan KHAULAH DANIA

Aku sedang dukung KHAULAH DANIA, rasa kekok...haha

Wajah bahagia Yaqzan aka Ajon (Baju Ungu)

Buat KHAULAH DANIA, semoga menjadi seorang anak yang SOLEHAH; sentiasa mentaati ibu bapa serta sentiasa menjaga tingkah laku dan kehormatan

Wassalam
*Credit untuk Anuar Fahmi, aku cilok gambar dari FB dia

1 comment:

  1. Akak baru perasan blog ni ade tulis psl khaulah. Baru2 muncul kt dunia,dh ade org tulis psl dia. Anyway, nice blog. Teruskan usaha.

    ReplyDelete

Sebarang masalah?