Komrad

Jan 27, 2011

Sila perhati kencing anda (AWAS!)


Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Kali ini saya nak cerita pasal kencing pula. Kenapa? Sebab semua orang kencing...kucing dan anjing pun kencing tapi janganlah kita manusia ni kencing macam makhluk tu pulak...lagi-lagi yang kencing kat merata-rata tempat (biasanya lelaki sebab senang, berdiri pun boleh)

Awas, jangan tiru aksi ini!!!

Bila masuk tandas awam, cara paling mudah untuk kita bezakan tandas lelaki dan perempuan sangat senang...sebab kat tandas perempuan mana ada mangkuk jamban untuk kencing berdiri tu...dan bagi lelaki-lelaki yang "terdesak", ini sangat memudahkan mereka....hanya perlu tarik zip ke bawah atau apa-apa cara sekali pun dan halakan kencing anda ke mangkuk yang disediakan....

Sekadar ilustrasi

tapi tapi tapi...

Tahukah anda apakah hukumnya kencing berdiri (bagi lelaki la, kalau perempuan dari segi anatominya agak menyusahkan jiwa dan raga)? Mengikut apa yang saya cari dan temui di sini, hukumnya makruh kecuali jika ada keuzuran, diharuskan kencing berdiri. Sila layari link tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Oleh itu janganlah kita para lelaki kencing berdiri....carilah jamban dan silalah kencing duduk walaupun menyusahkan pada mulanya...

Dan satu lagi, cara nak basuh kemaluan lepas kencing pun penting juga....kalau ada air baguslah, kalau tiada, gunalah tisu atau apa-apa pun yang bersih...

Dan untuk memantapkan lagi kebersihan, inilah cara-cara yang sangat-sangat dituntut untuk dilakukan.

Bagi LELAKI:

1. Disunatkan berdehem beberapa kali bagi memastikan semua air kencing telah keluar dari salur kencing (urethra).
2. Lepas tu, urutlah batang kemaluan dari pangkal ke hujungnya beberapa kali untuk memastikan tiada air kencing yang tertinggal.
3. Basuhlah dengan air mutlak secukupnya. Kalau tiada air, boleh guna tisu dan lain-lain asalkan bersih.

Bagi WANITA:

1. Pastikan bahagian dalam turut dibasuh dengan secukupnya dengan menggunakan jari. Jangan hanya membasuh bahagian luar sahaja. Dari segi anatomi sendiri sudah menerangkan perbezaan antara kemaluan lelaki dan wanita yang memerlukan wanita untuk lebih berhati-hati membasuhnya.
2. Lap dengan tisu sesudah membasuhnya...bagi mengelakkan jangkitan bakteria ataupun bau kurang menyenangkan (Kaum lelaki patut buat juga)

Janganlah kita memandang ringan akan perbuatan membasuh kemaluan selepas kencing ni....berat akibatnya

Demikianlah yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. lalu kami melalui di atas dua kuburan. Maka baginda berhenti dan kami pun turut berhenti bersamanya. Kemudian warna tubuh Nabi jadi berubah hingga bergetar lengan bajunya. Lalu kami bertanya: "Ada apakah wahai Rasulallah?" Baginda bersabda: "Apakah kalian tidak mendengar apa yang aku dengar?" Lalu kami bertanya: "Apakah itu ya Nabiyallah?" Baginda lalu bersabda:
"Ini adalah dua orang lelaki yang diseksa di dalam kuburnya dengan seksaan yang pedih kerana dosa (yang dianggap) mudah (ringan)." Kami bertanya:
"Di dalam masalah apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Seorang daripadanya tidak memelihara (membersihkan diri) dari kencingnya manakala seorang lagi suka menyakitkan hati jirannya dengan lidahnya, ia mundar-mandir ke sana ke mari di antara mereka (bertujuan) menghamburkan fitnah..." Maka baginda berdoa dengan dua pelepah kurma lalu diletakkan pada setiap kubur (satu pelepah). Kami bertanya: "Apakah itu dapat memberi manfaat kepada mereka?" Baginda bersabda lagi: "Ya, diringankan seksa dari kedua mereka selama mana kedua-dua pelepah tamar itu masih basah (belum kering)."

Sama-samalah kita mengambil iktibar.

4 comments:

  1. waaa.. terkejut juga awal2 tu tgk tajuk.. tapi akhirnya, mantap ^^

    ReplyDelete
  2. Haha, ramai orang yg pandang ringan pasal ni

    ReplyDelete
  3. kadang2 kencing dlm tandas tapi berdiri jugak, ada yg bersangka buruk dengan org yg kencing berdiri,walaupun berdiri tp berhati2 supaya tidak terkena pakaian yg kemudian dibawa solat.

    ReplyDelete

Sebarang masalah?