Komrad

May 15, 2011

Mak Abah Saya Cikgu (Edisi Hari Guru 2011)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, lepas beberapa lama tak buat entry baru akhirnya Allah bagi peluang dan masa untuk saya taip entry baru. Exam dah dekat, memang sungguh stress sebab banyak benda nak baca, faham dan ingat. Esok stop di situ.

Esok (16.05.2011) ialah Hari Guru; dan kerjaya guru ini begitu dekat dengan diri saya. Kenapakah? Tengoklah title post ni; Mak Abah Saya Cikgu. Ya, memang saya anak cikgu sekolah. Bukan itu saja, ramai ahli keluarga saya yang jadi guru dan seolah ini menjadi darah daging dalam keluarga saya. Malah adik saya sekarang pun sedang belajar kat Institut Pendidikan Guru Ulu Kinta, Perak.

Hidup sebagai anak seorang guru (dalam kes saya ini dua orang guru) bukanlah mewah. Waktu kecik-kecik dulu, kami sekeluarga tinggal di Kuarters Guru yang sangat seronok sebab ramai kawan anak-anak guru lain. Walaupun rumah tu kecik saja tapi sangat best dan lagi best, sekolah dekat je dari rumah. Dan hampir separuh dari usia saya membesar di dalam Kuarters Guru. Oh, sangat nostalgik!

Walaupun gaji takla banyak mana, cukup-cukupla buat bayar itu dan ini tapi saya rasa bahagia je keluarga saya. Abah saya pernah cakap, "gaji ni kalau sedikit pun tapi kerja kalau ikhlas berkatla duit tu...bila berkat rasa cukup walaupun sikit." Pernah dulu waktu saya di MRSM, ada beberapa waktu tu Abah dengan Mama bawa nasi dengan lauk telur masak merah untuk saya. Saya tanya kenapa tak masak ikan ke, ayam ke. Abah cakap telur murah dan waktu tu keluarga saya makan lauk telur je. Bila pikir-pikir balik memang macam nak nangis sebab walaupun dalam susah, Mak Abah saya tetap masak sedap-sedap walaupun hanya telur. Dan alhamdulillah sekarang hidup kami sekeluarga agak senangla juga.

Saya sangat marah kalau ada orang yang menghina kerjaya seorang guru ni. Ya, memang ada je yang perangai bukan-bukan tu, tapi bukan semua. Lepas tu siap ada yang kata senang je nak jadi guru ni. Ya, jadi guru memang senang tapi tengokla kau mampu tak nak tahan tekanan nak jadikan seorang budak tu menjadi seorang manusia. Dengan gaji yang bila pikir-pikir tak sepadan pun dengan penat lelah seorang guru. Semoga golongan yang suka menghina guru ni insafla.

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU kepada Mak Abah saya (Cikgu Rusnah dan Cikgu Idrus), serta semua guru yang pernah mengajar saya pelbagai macam ilmu yang sangat bermanfaat. Kalian ibarat lilin menerangi kegelapan, tapi terbakar diri sendiri kerana pengorbanan untuk melihat anak murid berjaya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Sekian :)

6 comments:

  1. selamat hari guru pada kedua orang tua lu. lu beruntung dapat guru jadi orang tua lu.

    ReplyDelete
  2. salam. selamat hari guru buat abah dgn mak awk. erm, sbnarnya ada bnda mau tanya ne, kalau masuk kolej mara seremban memang bounded pegi india, poland and czech ja? ermm, saya sgt berharap dpt kolej mara banting tp x dpt, dpt dkat seremban. tp semua nya mesti ada hikmah kan? erm, just nak minta pandangan, antar czech, poland and india, medik dkat mana pling best? hehe, owh ya, saya baru ja kena terima masuk KMS, hehe, harap kongsi pengalaman dgn awk la kan, sbb awk senior KMS. hehe, visit my blog - http://lurvelessnabila.blogspot.com/

    thanks. harap2 awk boleh reply mesej ni, sgt2 memerlukan pandangan. thanks :)

    ReplyDelete
  3. @PK
    Terima kasih PK, walaupun hidup sebagai anak guru sederhana tapi sekurang-kurangnya orang tua gua dah ajar gua untuk jadi manusia.

    ReplyDelete
  4. @Nabila Azureen Azis
    Salam. Masuk KMS ni memang bound utk 3 negara tu. Tapi ada special case my friend yang dapat masuk Cambridge University tp dia memang genius la. And in my batch juga ada yang dapat buat Twinning Programme Newcastle Malaysia. 2 1/2 years in Newcastle, and the remaining years in Johor.

    Sebenarnya nak kata best tu taktau la. Sebab mana-mana study medicine ni memang susah. Cuma nak bgtau kat Czech ni dia guna Traditional system yang sangat mencabar juga la. And being in a European country ni best juga. Hehe...

    Pengalaman kat KMS, my advice is enjoy your life as an IB student. Seriously I think life in KMS is more enjoyable than in MRSM or even now in the university.

    ReplyDelete
  5. ehh? are you sabahan? 'cause me too! baru perasan your sabahan blogger's banner tuh. mesti dulu dari koki kan? spm batch yg mana? my big brother pun dri koki, Nazrin Qayyum Azis, who knows kan you might know him. owhh, traditional system? that's interesting. and life as IB student is fun? hehe, hopefully =)

    thanks a lot ya for the info! :)

    ReplyDelete
  6. @Nabila Azureen Azis
    Yup, Sabah bah! Memang dari KOKI, batch SPM 2007. I know your brother, dulu dia gemuk kan, sekarang suda kurus. IB is FUN!

    ReplyDelete

Sebarang masalah?