Komrad

May 17, 2011

Tudung Bonggol Unta?

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Berkenaan isu Tudung Tinggi, adala beberapa pihak yang bertanya kepada saya. Entahla kenapa nak tanya kat saya sebab saya pun bukan 'Alim sangat pasal agama ni untuk tidak menyinggung hati saya usahakan juga untuk menjawabnya. Melalui beberapa research dan juga setelah merujuk kepada beberapa orang ustaz, maka saya tuliskan jawapan berdasarkan pemahaman saya di sini.

Hadis yang menjadi persoalan kepada isu ini ialah,

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." 
(Riwayat Muslim)

Jawapan saya, 3 baris pertama hadis ini merujuk kepada segolongan wanita yang berpakaian tetapi tidak lengkap (menutup aurat) dan ini memang nyata sekali HARAM! Apatah lagi mereka yang berpakaian sedemikian untuk tujuan maksiat dan kegiatan tindakan tidak bermoral. Begitu juga dengan wanita yang bersanggul tinggi dan tidak menutup rambutnya (nampak besar macam sarang tebuan), itu sememangnya salah di sisi syarak.

Ini berlainan dengan isu wanita bertudung tetapi bersanggul tinggi di dalamnya sehingga menampakkan bonjolan. Dan ia seakan menjadi fesyen serata Malaysia yang mana asalnya dari Syria dan Turki yang pada saya asalnya tidak salah sekiranya berpakaian sejajar dengan Islam (tidak ketat di sana sini). Namun begitu, kita kena melihat kenapa nak bertudung sedemikian. Dan ini yang selalu disalah fahamkan oleh ramai orang Islam.

Ramai di antara mereka ini yang memakainya untuk menonjolkan kecantikan yang ada pada diri masing-masing. Memperlihatkan kepada bukan Mahram atau tabarruj dan ini mungkin akan menimbulkan fitnah. Samala macam isu minyak wangi wanita. Sekiranya hanya bersederhana untuk melindungi bau badan ianya harus. Namun, sekiranya berlebihan dan boleh mengundang syahwat kepada lelaki, ia bertukar menjadi HARAM! Inilah situasinya di sini. Dan saya menegaskan di sini, sekiranya pemakaian TUDUNG SANGGUL TINGGI ini tidaklah menarik perhatian orang ataupun tujuan menunjuk-nunjuk, maka ianya HARUS. Namun sekiranya mengundang perkara-perkara yang saya katakan tadi (mungkin sebab tinggi sangat), ianya HARAM.

Namun demikian, dibolehkan malah dituntut buat seorang wanita Islam untuk bergaya di hadapan suaminya (di rumah). Kalau yang itu, pakailah tinggi mana pun kalau si suami sukakannya insyaAllah pahala buat si isteri. Namun begitu, ramai isteri hari ini yang terbalik keadaannya. Di rumah malas sungguh nak berkemas-kemas depan suaminya; t-shirt + kain batik ataupun baju kelawar, bila keluar rumah macam diva. Inilah yang salah. Dan si suami pula kenala mengingatkan isterinya kerana isteri bukanlah bahan tontonan umum.

Rasanya ini sudah menjawab persoalan yang dikemukakan. Nasihat saya, bersederhanalah dalam berpakaian dan jauhilah perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Segala yang baik datangnya daripada Allah, segala kekurangan datang dari Allah juga cuma disandarkan kepada saya atas bukti kelemahan saya sebagai hamba-Nya yang kerdil.

*Sebenarnya ada lagi perbahasan mengenai isu ini berkaitan dengan Isu Kesamaran (Penggunaan Sanggul Tinggi seolah-olah berambut panjang) tapi tidaklah saya ulas di sini kerana belum berapa menguasai perbahasan tersebut* 
 
Contoh mengundang fitnah. Sumber: Blog Yuyun Ahmad)


Wallahu a'alam.

Al Faqir Ilallah Ahmad Safwan bin Idrus As-Sabahi.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?