Komrad

Jun 29, 2011

Angaukah Gua?

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

AMARAN: ENTRY KALI INI BERSIFAT AGAK PELIK DAN BOLEH MENGGELIKAN SESETENGAH PIHAK.

"hati dicuri tapi sang pencuri pun tak sedar dia mencuri hati yang dicuri"

Dalam 1,2  minggu ni, gua rasa lain macam. Ikut pengalaman gua tau apa yang gua rasa tapi gua sentiasa cuba nak elakkan benda ni jadi kat gua, sekurang-kurangnya untuk masa sekarang. Memang seksa jiwa dan raga lagi-lagi bila hati macam terbelah dua; satu kata jangan pasal fobia cerita lama, satu kata start a new life. Cehhh!!! Gua pula geli tengok ayat gua ni.

Macam-macam gua buat nak sibukkan diri, lagi-lagi bila musim exam ni gua taknakla terjejas jiwa dan raga pasal benda macam ni. Tapi apa boleh buat hormon-hormonan ni bukan paham gua tengah ada exam sekarang ni. Berat memang berat seberat badan gua.

Itu satu hal. Satu hal lagi pencuri hati gua ni pun tak tau dia curi hati gua. Gua pun tak berani la nak minta balik hati gua takut-takut nanti dia kata bila masa pula dia curi hati gua. Tak ke malu nanti kan? Tapi tak kan gua nak biarkan je kan gua punya hati tak lekat kat diri gua. Parah memang parah. Gua ada la juga tanya member-member, depa kata takyah la bagitau pencuri tu nanti takut gua merana. Betul juga kata member gua ni.

So, setakat ni yang gua boleh buat gua sibukkan diri gua study baca buku pagi petang siang malam. Dah nama pun musim exam kan? Tapi benda ni datang juga lagi-lagi time gua tengah baring-baring nak tidur, time gua tengah makan biskut sorang-sorang sambil tengok drama Nora Elena dan banyak waktu lagi. Seksa sungguh gua rasa.

Tapi ada juga member gua kata, normal la gua rasa macam tu at least gua normal sebab pencuri hati gua tu berlawanan jantina dengan gua. Gua lelaki, dan agak di luar tabiee la kalau pencuri hati gua tu lelaki kan? Gua pikir, betul juga kata member gua tu. At least, gua ada perasaan kat perempuan. Tapi gua rasa gua muda lagi...banyak lagi penting gua kena buat dulu sebelum gua boleh serius dengan benda macam ni. Dan macam biasa, hormon-hormonan gua mana reti nak tunggu gua umur sampai 30 baru boleh membuak-buak rasa ini macam.

Pening pening pening. Okayla, gua pun dah cukup membebel kat sini. Harap-harap la gua dapat bertahan lagi.

Adios!

2 comments:

Sebarang masalah?