Komrad

Jul 31, 2011

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Asyraf Hafiz Abdul Aziz

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Entry ini khas untuk menujukan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Asyraf Hafiz Abdul Aziz (Aleesha Farhana) yang baru sahaja meninggal dunia semalam akibat unstable angina dan cardiogenic shock (senang cerita masalah jantung la).

Didoakan semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham. Soal syurga neraka usahlah kita perdebatkan kerana itu urusan Allah, Dia lebih mengetahui kesudahan setiap insan. Cuma kita sebagai yang masih hidup ni kena la mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang telah berlaku.

Diharapkan juga supaya orang ramai tidak lagi terus-terusan menghina Allahyarham dan keluarganya. Usah dikeji orang yang sudah tiada, doakan semoga diberi keampunan kepadanya itu lebih baik. Dan doakan juga agar kita dan ahli keluarga kita supaya tidak terjebak dalam mana-mana perkara yang menyimpang.

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Mohd Asyraf Hafiz Abdul Aziz. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

1 comment:

  1. haa..this one is better insyaAllah...
    :)

    ReplyDelete

Sebarang masalah?