Komrad

Jul 9, 2011

Baik kita suruh semua polis berenti kerja

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Semua orang tahu esok 9 Julai 2011. Dan esok nanti ada satu himpunan BERSIH 2.0. Tapi aku bukan nak cakap pasal BERSIH 2.0 ni dan korang semua boleh baca stand aku pasal BERSIH 2.0 dalam entry aku yang lepas. Cuma aku nak cerita pasal polis dalam entry aku yang kali nih.

Dalam seminggu dua nih memang pelik kan sebab ramai orang di Malaysia kena tangkap pasal pakai baju yang nampak macam depa sokong BERSIH 2.0. Lepas tu orang upload masuk YouTube komen kutuk ramai-ramai polis sebab tangkap orang BERSIH 2.0. Siap kata polis anjing kerajaan la, pencacai taik UMNO la, makan gaji haram laa...macam-macam lagi sampai aku rasa sangat kesian dengan polis-polis Se-Malaysia.

Okay, sini aku nak defend polis-polis Se-Malaysia. Walaupun lepas ni aku tau mungkin ada orang kutuk aku, membabi anjingkan aku...paling penting, ada aku kesah? Aku bukan apa, sekarang ni ramai orang suka kutuk polis pasal orang jenis macam ni suka pikir ikut perut dorang sendiri.

Mula-mula, korang nak kutuk polis pasal apa? Dorang tu cuma buat kerja atas arahan ketua ketua dan boss dorang. Nak sangat kutuk kau datangla pi Bukit Aman lepas tu ko maki la sekelian Taiko-taiko polis yang ada kat situ. Tak cukup lagi, kau datang jumpa Menteri KDN Pakcik Hisyam tu pastu kau kutukla dia puas-puas sampai mulut kau keluar buih ke, keluar emas ke apa ke...janji kau puas. Amacam, ada berani? Tak cukup puas lagi, kau jumpa Pak Jib kat Putrajaya pastu kau semburla dia ikut suka engkau pun. Yang ni kau pengecut nak kutuk orang-orang bawahan apa barang.

Lepas tu, ada pula puak-puak ni yang kata kenapa polis tu nak ikut cakap boss dorang. Laaa, ini lagi satu benda bangang. Pulak dah, kau boleh kata kenapa polis ni tak berenti je cari kerja lain sebab kerja polis ni HARAM kata kau. Cuba kau pikir, kau kerja mesti ikut cakap bos kan? Melainkan kau bos, kau wajib ikut cakap bos kalau tak kena buang kerja. Buang kerja = tiada duit = apa nak bagi makan kat anak bini. Kau pikir dulu, agak-agak polis tu nak ke asyik nak mengadap muka orang-orang jahat? Kau kata kerja dorang HARAM, kau pernah pikir tak macam mana susah payah dorang kena layan orang yang asyik nak maki babi anjing babun pasal tangkap kau. HARAM ke kerja polis??? Pikir dulu sebelum ko nak membabi anjingkan orang lain weyh!

Dulu kecoh pasal ada orang awam disaspek terlibat dalam kegiatan gelap mati kena tembak polis. Okay tu aku no komen pasal taktau lagi betul ke tak arwah tu betul-betul terlibat ke atau saja je polis nak training menembak malam tu. Lepas tu semua orang datang nak caci maki polis. Masuk paper sana sini tak cukup 1, 2 page. Tapi bila ada polis kena langgar waktu buat operasi, kena tembak oleh penjenayah ada kau kisah? Lagi kau nak kata padan muka ada la kan?

Tapi bila kau ada masalah, polis juga kau carikan? Bila rumah kau kena rompak, kenapa tak pergi siasat sendiri je pastu tangkap sendiri perompak tu biar dapat masuk Berita Harian kata kau Hero Malaya? Sebelum ni asyik nak membabi anjingkan orang polis tapi bila kau dapat susah baru terhegeh-hegeh nak buat repot.

Jadi aku rasa, kalau korang rasa yang polis ni sangat tak berguna pasal ikut point yang aku bagi kat atas ni, 3-1 maksudnya polis tu memang patut kena babi anjingkan, baik kita bubarkan je pasukan polis PDRM. Mesti lepas ni ada orang nak kata aku bodoh pasal bagi suggestion bangang macam ni, tapi aku rasa ini je cara nak ajar kebangangan orang yang suka kutuk polis. Kita tengok nanti apa jadi kalau Malaysia ni takde polis. Bila ada polis korang kata Malaysia is a Police State la, itu la ini la...bila dah takde nanti korang nak kata apa pula. Aman tak aman Malaysia time tu.

Well, tu je la kot aku nak membebel dalam entry yang ni. Sorry kalau ada words aku yang agak longkang dan harsh tapi rasanya banyak lagi bahasa vulgar yang orang guna untuk kutuk polis berbanding dengan bahasa aku dalam blog ni. Aku bukan apa, memang ada je polis perangai teruk tapi bukan semua polis macam tu. Semua ada baik dan buruknya juga.

Peace Yo!

*Entry ni bukan bermaksud nak kutuk penyokong BERSIH 2.0. Aku nak kutuk orang yang kutuk POLIS je. Siapa terasa harap maafkan aku*

6 comments:

  1. iya, aku stuju tu..
    tp mmg org kta gtu bha..
    sapa2 yg bt drg x puas ati jak, konpem kena kutuk, kena maki baek pnya..
    sabar ja la..
    sian jgk ngan pak polisi kita..
    drg cari rzeki tp kena kutuk2 plak..
    p la kutuk bos2 besar drg tu..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal, aku kesian dgn polis-polis...sudah la dorang kerja susah susah, gaji pun nda la besar mana, lepas tu kena maki kutuk lagi macam-macam. padahal dorg ikut ckp bos ja.

    ReplyDelete
  3. Wow that was harsh. but true!

    ReplyDelete
  4. @Cinoi
    kadang-kadang words kena harsh baru orang buka mata

    ReplyDelete

Sebarang masalah?