Assalamualaikum WBT
Salam 23 Ramadhan 1432 H
Bila aku usha-usha blog aku 2,3 entry nih, baru aku perasan yang entry aku sekarang nampak serius je. Nampak macam emo pun ada. Nampak macam berfalsafah (ada unsur palsampah juga) pun ada. So, kali ni aku nak tulis santai sikit la, bagi nampak remaja sikit walaupun aku tak reti la guna bahasa mat rempit tu yang paling terremaja sekali, wakkkluuu!!
Duduk kat negara bukan negara sendiri ni buat aku rindu nak tengok perempuan pakai tudung. Asyik nampak awek seksi-meksi-menyeksamata-rambutblonde je sampai dah rasa macam bosan pula. Haha, nampak macam pervvy di situ. Tapi ini kenyataan kot, ada la nampak dua tiga orang budak Malaysia juga yang pakai tudung tapi tak la seramai kalau bila keluar kat Malaysia tuh. Jauh beza sungguh.
Tengah-tengah mengenang nasib diri di perantauan ni tiba-tiba la aku terasa sangat kuriyes dengan pesyen tudung mudung perempuan sekarang. Macam-macam jenis...kalau dulu time kecik aku nampak tudung bawal je, bila besar sikit aku nampak tudung Wahida la, tudung Bienda la lepas tu keluar pula stail tudung Yuna dan paling stailo milo ais sekarang tudung Hana Tajima Simpson. Sila maafkan aku sebab tu je stail tudung yang aku tau, yela aku manala pakai benda tuh.
Jujur cakap, aku sangat suka tengok perempuan pakai tudung bawal walaupun takla nampak macam ikan bawal -entah dari mana datang nama tudung bawal ni- Bila tengok perempuan pakai tudung bawal, rasa macam sejuk mata memandang, simple ayu sopan gitu umpama perempuan melayu bertudung terakhir. Bila aku tanya member lelaki yang lain pun ramai yang dengan rela hati setuju dengan aku tanpa dipaksa mahupun menerima rasuah.
![]() |
Ini ikan bawal hitam. Aku kuriyes pikir APA persamaannya dengan tudung bawal. Kredit gambar : Blog Aquaculture |
![]() |
"Safwan, choose either one of us now!!!" Kredit gambar : Blog Gvishnu |
Hurrrm, tapi tak kesahla korang perempuan nak pakai tudung macam mana pun. Even kalau pakai tudung saji pun takpe asalkan menutup mana yang patut kan? (Okay ini sangat haiperbola bebola bola) Tapi agak-agak la kalau nak pakai tudung saji pergi lepak KLCC ke, Pavi ke? Tak ke pelik bin ajaib sungguh macam orang nampak si pemakai tengah bogel sambil berjalan lenggang kangkung umpama model runway Janice Dickinson Modelling Agency? JK
Model Tudung Saji 100% Buatan Malaysia. Kredit gambar : Blog Cenitherebeq |
*aku nak kongsi satu lagu sebenarnya walaupun aku bukan dalam mood jiwang sekarang tapi entah kenapa aku rasa macam best pula layan lagu ni*
Adios padios semua!
(Minta maaf juga bahasa aku kali ini sangat merapu)
Salam :)
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?