Komrad

Aug 15, 2011

Entry 15 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum WBT

Salam 15 Ramadhan Sedunia

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 15 Ramadhan. Bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk aku berpuasa genap 14 hari dan harapnya sampaila maghrib hari ini. Bukan apa, ramai lagi orang yang tak berpeluang untuk sampai ke hari ini dan korang paham paham je la kan?

Sekarang dah masuk fasa pertengahan bulan Ramadhan. Dan kalau di Malaysia waktu macam ni konfem shopping complex tengah meriah buat sale, penuh ramai orang sana sini. Haha, serius merindui itu semua. Rindu semua yang ada di Malaysia. Dari shopping complex yang penuh sesak dengan orang ramai, bazaar ramadhan yang macam-macam ada, masjid yang meriah, bau minyak tanah (kerosene) pelita dan macam-macam lagi. Dan paling penting bunyi musik letupan mercun dan meriam buluh di kampung yang bagi aku itulah yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain.

Tahun ni aku bakal puasa penuh sebulan di bumi Prague, Czech ni dan insyaAllah sambut Aidilfitri pun kat sini juga. Bila asyik baca buku dan menghadap kertas dan gambar yang pelbagai memang tak terasa sangat tengah bulan puasa. Tapi bila nak tidur ataupun tengah masak sahur sorang-sorang atau pun tengah mandi, serius aku sangat terasa.

Time tu mula la kenangan dikejutkan sahur oleh mak atau abah aku yang kadang-kadang sangat susah nak bangun, tengok makanan pun muka toya macam nak taknak je makan tapi last-last habis juga sepinggan nasi kadang-kadang sampai tambah lagi sepinggan, lepas tu buka puasa pun sedap-sedap dan lagi best bila buka puasa kat rumah nenek ramai-ramai dengan sanak saudara. Serius gua macam nak nangis time tu, haha.

Lagi tak best bila terbayang macam manala family aku raya tahun ni. Bila pagi-pagi semangat bangun awal mandi sunat raya. Riuh meriah rumah aku di pagi raya walaupun hanya ada 6 orang je dalam rumah tu. Pergi sembahyang raya. Balik rumah benda 1st nak buat ialah salam mohon ampun maaf dengan mak abah lepas tu dapat duit raya yang, yeaaaayyyy!!!! Lepas tu pergi ziarah kubur arwah nenek. Lepas tu mula la sesi makan-makan semua benda yang ada; rendang ayam, daging, kuih-muih yang pelbagai. Serius aku rindu itu semua. Yela kat sini nanti raya sambut kat rumah Inche Ambassador, lepas tu balik rumah sambung study sebab exam aku minggu depannya.

Itu saja kot aku nak mengarut untuk kali ini. Apa-apa pun selamat menjalani puasa berbaki 15 hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.

Salam Perantau (kawan aku yang hantar ni kat Kosmo, aku pun tak sedar hahaha)

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?