Komrad

Aug 5, 2011

Kelas Bahasa Sabah Bersama Abang Safwan : Sungkai

Assalamualaikum

Salam Ramadhan 1 Dunia

Baiklah adik-adik, untuk Kelas Bahasa Sabah bersama Abang Safwan hari ini abang akan cerita pasal satu istilah yang tidak asing lagi bagi orang-orang di Sabah terutamanya bila menjelangnya bulan puasa. Tidak lain dan tidak bukan, sungkai atau pun buka puasa dalam istilah Melayunya.

Abang pun tak la tau asal usul perkataan sungkai ini tapi yang pasti ia tidak ada kaitan langsung dengan satu tempat yang bernama Sungkai di Perak itu dari segi DNA, struktur dan geografinya. Dan setau abang juga, orang Sarawak juga menggunakan istilah yang hampir serupa iaitu sungkei, membawa maksud yang sama.

Antara contoh ayat yang biasa digunakan bagi menggunakan perkataan sungkai ialah:
"Bah, cepatlah kamu balik. Mau dekat sungkai sudah ni," kata Mak Cik Sarah kepada anaknya melalui perbualan telefon.
"Cuba dulu kau check di newspaper pukul berapa sungkai hari ini," arah Abang Jali kepada Boboi.
Dalam dua contoh di atas, sudah terang lagi bersuluh sungkai membawa maksud berbuka puasa.

Namun begitu, perkataan ini juga biasanya digabungkan dengan beberapa imbuhan bagi menerbitkan satu perkataan baru yang membawa maksud berlainan tapi masih berkaitan dengan berbuka puasa. Perkataan itu ialah penyungkaian. Mengikut Kamus Peribadi Abang Safwan Edisi Terbaru Cetakan Terkini, penyungkaian bermaksud juadah berbuka puasa. Antara contoh ayat yang dapat menerangkan maksud penyungkaian ialah:
"Jenab, apa penyungkaian kamu hari ini?" tanya Kiah kepada Jenab ketika sedang bergosip.


"Bah, aku kan ke bazar dulu membeli penyungkaian. Kau mau apa-apa?" kata Karim kepada Kiram. 
Kedua-dua contoh di atas dapat menerangkan kepada kita semua bahawa penyungkaian itu bermaksud juadah berbuka puasa.

Itulah sahaja Kelas Bahasa Sabah bersama Abang Safwan untuk hari ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan bolehlah mengemukakan soalan yang insyaAllah akan dijawab.

Selamat berpuasa semua

Credit to : Blog Made in Sabah

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?