Komrad

Aug 1, 2011

Ramadhan Pertama Si Anak Rantau

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, ada rezeki juga untuk aku sampai di bulan Ramadhan 1432 Hijrah. Harap-harap sempatla sampai sebulan, insya Allah. Bukan semua orang dapat sampai. Ada yang berharap sangat nak sampai Ramadhan tu, tapi alih-alih 2,3 minit sebelum maghrib 1 Ramadhan ajal dia datang pula. Kiranya beruntung la kita ni yang dapat lagi masuk bulan Ramadhan untuk tahun ini. Dan harapnya aku sempat la puasa hari ini sebab setakat entry ini ditulis, baru pukul 12 tengah malam.

Dan bila tengok tajuk entry aku pun rasanya korang pun akan dapat teka kan apa aku nak tulis. Mesti cerita pasal aku sambut Ramadhan dan mungkin Syawal sekali kat Prague untuk tahun ni. Memang kiranya first time la untuk aku puasa Ramadhan kat sini sebab last year kitorang fly seminggu lepas Raya.

And guess what, puasa kat sini pula memang waktu summer untuk 3,4 tahun ni. Huhu, memang mencabar la juga nak pikir ikut logik akal. Mana taknya, hari pertama saja subuhnya pukul 3.30 pagi dan maghribnya pukul 08.54 petang. Mujur bukan waktu peak summer sebab aku rasa ni dah nak masuk autumn sebab dulu pernah subuh pukul 2.45 pagi dan maghribnya dekat pukul 10 malam kalau tak silap aku la. So, cuba la kira berapa jam puasa kat sini. Agak-agak ada la juga dalam 17 jam lebih kot kalau Matematik aku tak salah kira.

Jadul waktu solat untuk Ramadhan 1432 Hijrah bagi kawasan Prague.
Kenapa aku tak balik Malaysia? Huhu, sedih la juga sebab aku tak lepas lagi exam. Sedih la juga tengok ada member dah balik Malaysia. Lagi-lagi untuk family guy macam aku. Tapi itu rezeki diorang la dan insyaAllah kalau rezeki aku untuk pass exam nanti alhamdulillah. Doakanla aku dan member-member yang tengah berjuang untuk pass exam ni, terima kasih!

Harapnya Ramadhan kali ini aku akan dapat puasa semua benda yang memang kena puasa. Taknak la dapat lapar je tapi "jiwa kosong". Susah memang susah, sebab aku rasa yang paling susah nak jaga kat sini ni bagi lelaki macam aku sudah tentunya mata. Dengan minah blonde, brunette dan bermacam warna rambutnya yang selamba jalan pakai singlet, hot pants, tank top, mini skirt dan sebagainya memang sangat mencabar keimanan seorang lelaki normal dan lurus macam aku. Tapi itula dugaan.

Sempena Ramadhan ni juga apa kata kita banyakkan amalan-amalan sunat macam baca Al-Quran, sedekah, solat terawih dan macam-macam lagi ibadah sunat yang kita mampu buat. InsyaAllah semoga Allah SWT akan memberikan kita ganjaran lebih untuk kita.

Okies, tu je kot aku nak tulis untuk entry nih. Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya tapi tunggu entries aku yang lain khas untuk Ramadhan yang aku akan tulis nanti. Jom enjoice kan diri kita semua dengan lagu ni; memang lagu wajib bulan puasa kat Malaysia.



Salam Ramadhan untuk semua 

2 comments:

  1. Salam,

    korang antara orang yang bertuah dapat peluang belajar dinegara orang,sebelum ke sana korang diajar dengan lebih mendalam dari segi fizikal dan mental.and the important is our Iman.Selamat menjalani Ibadah puasa. :)

    Ain Fatihah

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    Salam Ain Fatihah,

    Maaf lambat reply. Hehe, memang diajar tapi terpulang kpd pembawaan individu tu sendiri. Harap-harap tak terpesong. Selamat berpuasa juga

    ReplyDelete

Sebarang masalah?