Komrad

Dec 5, 2011

Jom pakai Holdall Bag

Salam Y'all!!


Siapa tahu apa itu holdall bag? Kalau nak tau sila tengok sini dan boleh tengok gambar di bawah. 

Musto Holdall Bag Vintage Leather Holdall

Okay, sudah dapat gambaran kan apa itu holdbag? 


Biasanya nampak eksklusif sebab made of leather tapi ada juga yg guna pvc atau fabrik kain.


Walaupun nampak macam beg yang perempuan selalu pakai tu tapi ada juga beg jenis ni untuk lelaki.


Kat Malaysia jarang lagi aku tengok lelaki yang ada pakai beg macam ni. Mungkin sebab depa ingat beg ni beg perempuan kot.


Boleh dibawa pergi ke kelas, travelling, pergi kerja, messenger, malah kalau nak lepak dating dengan awek pun boleh. Tapi kena tahan perasaan agak-agak kalau orang nak bahan membahan tapi peduli apa kan. Bukan duit dorang.


Bagi yang memang takut-takut akan dicop sebagai jambu, gay dan sebagainya, jangan risau sebab ada sesetengah holdall bag ni yang yang ada strap so y'all boleh la pakai macam sling bag.


Seriously beg ni memang stylo mailo dan sekarang aku tengah cari sebiji yang memenuhi cita rasa aku.


So sesiapa terfikir nak stylo sikit bolehlah pertimbangkan fikiran anda untuk beli beg macam ni.


Ni ada lagi beberapa gambar holdall bag

Dunhill Men's Chassis Leather Holdall Bag

Ralph Lauren Black Label Nylon Holdall Bag


Holdall Bag by Paul Smith


Virginland Holdall Bag


Gucci Woven Leather Holdall Bag (Men's)

Let's check it out yo!



No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?