Komrad

Mar 17, 2012

Dunia Kembali Terang

Salam U'ols

Well dah agak lama aku tak tulis cerita baru disebabkan oleh kesibukan bisnes yang tak la maju sangat tapi boleh la cukup makan. Dan aku pun agak kurang ber-mood nak menulis jadi aku pun tak la menulis. Simple logic.

Back to the topic, kenapa aku tulis title Dunia Kembali Terang? Sebabnya dunia aku sekarang semakin terang selepas gelap selama beberapa bulan. Wehh, berbelit-belit je ayat aku ni kan.

Okay, rasanya ramai yang belum tau sebab aku malas nak kecoh lelebih pasal aku dah tak study kat Czech Republic. Kenapa? Ada la sedikit masalah. Pastu aku pun kenala balik Malaysia, urus dengan MARA pasal contract termination sebab aku budak under scholarship. Sekarang dah terminated siap kena penalised lagi tak boleh minta loan baru selama setahun. Dan aku dijangka kena bayar balik hutang tahun 2017. Nasib baik.

Seriously, masa mula-mula balik memang aku rasa dunia gelap sebentar. Macam-macam aku rasa. Aku balik Malaysia dalam bulan Oktober 2011 macam tu. Sekarang dah Mac 2012. Maksudnya dah dekat 5 bulan aku balik Malaysia. 

For the first few months, aku mengalami masalah tidur. Entah berapa lama aku hanya tidur 1,2 jam sebab tak dapat tidur. Nasib baik aku tak gila walaupun ada masanya aku rasa macam hampir nak gila. Pastu aku senang naik marah sebab stres. Habisla adik aku kena bambu dengan aku. Tapi syukurla juga aku ada family yang supportive, banyak bagi aku semangat. Kalau terbiar sensorang memang masuk Hospital Sakit Jiwa la jawabnya.

Tu belum kira macam mana nak jawab bila orang tanya lagi. Kalau setakat seorang dua okay lagi. Ni kalau dah  berpuluh orang asyik tanya memang tambah menekan jiwa la. Tu yang aku kengkadang malas nak keluar rumah sebab jenuh nak menjawab dengan orang.

Aku google-d je gambar stress ni.
To make it short, lepas apply beberapa universiti akhirnya aku dapat offer dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Course? Yep, alhamdulillah Medicine. Walaupun dulu aku sikit lagi nak give up untuk pursue medic ni tapi alhamdulillah dikuatkan juga semangat nak sambung medic.

Yippiie :)
Dan satu lagi yang menggembirakan aku. Kerajaan akan subsidize RM 181, 912.0 out of RM 189, 112.00 yuran pengajian. Alhamdulillah syukur. 

Yeaaaaaayyy :)
Alhamdulillah, memang sangat-sangat syukur. Mungkin ada hikmahnya aku "dismissed" dari Charles University dulu. Sekarang walaupun bukan study kat Sabah, at least dah kat dalam Malaysia. Senang la nak balik, makan pun tak la susah nak memilih-milih. 

Cuma sekarang aku mungkin nak cari la sumber kewangan nak tampung kos sara diri nanti. Mungkin PTPTN atau mungkin loan atau biasiswa lain. Abah aku ada cakap mungkin aku boleh minta biasiswa kerajaan negeri Sabah. So, readers, siapa yang mungkin ada tau pasal loan/scholarships bolehla bagitau aku. Thanks.

Tu je la kot untuk kali ini. Lots of thanks and appreciations to both of my parents, family and also friends for being supportive and giving me encouragement during this "ujian" before. Glad to have you guys!

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?