Komrad

Mar 22, 2012

Post-SPM Syndrome

Salam.

So, semalam baru keluar result SPM 2011 bersamaan 21/03/2012 hari Rabu. Tengok title macam aku je yang pergi amek result SPM, tapi sorry aku SPM tahun 2007.

Okay, seperti biasa lepas result SPM keluar mesti 2,3 hari media massa ni akan sibuk dok siar berita pasal pelajar itu, pelajar ini dapat result mantap, sekolah itu, sekolah ini dapat title sekolah terbaik. Tahniah la aku ucap. Tak kurang juga interview dengan ibu bapa pelajar, cerita macam mana rahsia kejayaan anak dan macam-macam lagi. Lepas tu ada juga yang akan post kat Facebook, Twitter dan lain-lain siap upload gambar slip result (jangan lupa censor part no. IC dan angka giliran, tujuan keselamatan).

Dan seperti biasa ada juga yang akan buat counter-post kat Facebook, Twitter kata budak-budak yang dok post kecemerlangan mereka ni poyo la, baru setakat SPM la dan macam-macam lagi usaha nak perlekeh orang. Rilek la bro, bagi la dorang peluang nak bergembira. Mungkin ini lah pencapaian terbaik mereka up to this day. Yang nak pergi perlekeh, marah buat apa. Pelik juga orang-orang macam ni.
_________________________________________________________________________________

Despite of those excellency, jangan lupa ada juga yang mungkin berduka. Mungkin result tak seperti yang diharapkan. Benar result SPM ni kira macam determinant untuk masa depan. Siapa yang kata tak tu terpulang la kat dia. Tapi bukan bermakna failure to achieve excellence result tu akan menjadi absolute failure (gagal sampai mati).

Aku dah nampak beberapa orang kawan yang result SPM memang tak seperti yang diharapkan. Tapi dorang tak putus asa. Memang susah, tapi ada banyak jalan. Mungkin jalan yang dorang ambil jauh, panjang tapi in the end dorang berjaya juga, dengan izin Allah. Sebab apa? Sebab dorang tak putus asa. 

Try untuk reflect diri sendiri atau bunyi Melayunya Muhasabah Diri. Perbaiki mana yang kurang. Hidup ni ada masa kita di atas, ada masanya di bawah. Aku sendiri pernah rasa macam mana sakitnya kegagalan. Dan jangan lupa minta kat Tuhan dengan berdoa. 
_________________________________________________________________________________

Sebelum terlupa, satu pesan aku buat si cemerlang-cemerlang, jangan mudah berpuas hati. Sebab SPM ni baru sedikit. Hidup ni jauh lagi. Kejayaan hari ini belum tentu menjanjikan kejayaan seterusnya kalau tak usaha.

"the SPM has become your past now. It's time to move on , regardless of your results. Always look for room of improvements."

InsyaAllah nanti aku akan buat post pasal peluang-peluang sambung belajar/ kerja lepas SPM. Tapi ambil masa sikit sebab nak check untuk intake tahun ni la. Dan bergantung kepada kelapangan masa aku.

Adios!

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?