Komrad

Apr 28, 2012

Kerana Mereka Yahudi

Assalamualaikum ---- Salam 1 Dunia
_________________________________________________________________________________

Satu persoalan yang memang selalu ada dalam pikiran saya sejak saya mula pandai berpikir perkara global dan serius ialah Kenapa Yahudi Bijak?

Seingat saya, kali pertama saya berpikir pasal benda ini ialah lepas saya dapat tau yang Albert Einstein itu seorang berketurunan Yahudi. Dan selepas cari-mencari, saya mendapati ramai Saintis Ulung juga berketurunan Yahudi seperti Fritz Haber, Frank Oppenheimer dan ramai lagi.

Tu belum masuk lagi syarikat-syarikat yang Jewishly-related macam Starbucks, McDonald, Mont Blanc dan lain-lain. Pastu movie maker macam Steven Spielberg, aktor Daniel Radcliffe (Yahudi belah ibu) dan aktres Mila Kunis.

Dan politik negara paling berpengaruh, Amerika Syarikat sendiri banyak dipengaruhi oleh pelobi-pelobi Yahudi. Wall Street pun sama, malahan teknologi Facebook sendiri diasaskan oleh Mark Zuckenberg, seorang Yahudi.

Senang cerita, Yahudi ni memang ramai yang berjaya dan berpengaruh dalam bidang masing-masing.

***

Duduk Malaysia, macam rakyat yang lain terutama yang beragama Islam saya memang dipengaruhi oleh persekitaran yang menyatakan "Yahudi tu penipu, Yahudi itu Zionis, Yahudi itu jahat" dan macam-macam lagi kata "azimat" yang mengatakan ke-negatif-an bangsa Yahudi. Sementelah lagi dengan konflik Palestin-Yahudi yang dari dulu sampai sudah ni memang menambah lagi sentimen itu.

Abah saya pernah kata, memang ramai Nabi dan Rasul diutus kepada bangsa Yahudi tapi banyak juga dibunuh akibat khianat bangsa ini, antaranya Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Isa 'Alaihimussalam. "Nabi Agung" mereka sendiri iaitu Nabi Musa 'Alaihissalam pernah "dikhianati" oleh mereka walhal Nabi Musa lah yang menyelamatkan mereka dari perhambaan di Bumi Mesir.

Semua ini sememangnya membuktikan bangsa Yahudi degil dan licik.

***

Dan apabila saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke negara orang iaitu Republik Czech, ini seakan membuka mata saya untuk meneliti perihal bangsa "terpilih" ini.

Di sana, saya berkawan dengan pelbagai jenis manusia dari Greek, Afrika, Korea, Jepun, Kaukasian, Latin, Amerika dan Yahudi. Sememangnya saya memang saya sentiasa mencari peluang untuk berkawan dengan bangsa Yahudi walaupun telah dipesan oleh mak saya supaya hati-hati dengan mereka.

Saya bergaul dengan mereka. Selalu juga keluar makan Pizza Coloseum dengan mereka. Melepak di rumah mereka walaupun kadang-kadang risau juga kerana saya merupakan seorang Muslim dari Malaysia! Tapi alhamdulillah mereka baik dengan saya.

Rezeki saya di Czech tidak lama kerana saya hanya sempat di sana selama setahun dan terpaksa pulang ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya rasa itu sudah cukup untuk membuatkan saya membuat kesimpulan mudah terhadap bangsa Yahudi ini.

***

Kadang-kadang, saya merasakan mereka berhak untuk mengatakan "We are the chosen one!", "We are the greatest race". Bukannya saya bersifat menyokong Semitisme tapi saya berfikiran sedemikian kerana melihat obsesi mereka untuk mencapai sesuatu yang mereka mahukan.

Saya pernah mendengar seorang rakan Yahudi saya bercerita bagaimana seorang rakannya (juga Yahudi) menjadikan Library sebagai rumah kedua untuk mendapatkan persekitaran sesuai untuk belajar. Malah sanggup bermalam di sana (Di Czech memang ada Library buka 24 jam).

Itu belum kira macam mana dia sentiasa bersama dengan buku walaupun ketika sedang work-out di Gym. Bukanlah dia seorang yang nerd mahupun mandom, tapi sekiranya mendapat peluang dia akan membaca buku seketika dalam 5 minit kemudian menyambung aktiviti work-out.

Dan mungkin oleh kerana usaha yang umpama "langit dan bumi" berbanding saya, sememangnya dia berhak untuk lebih berjaya daripada saya. Satu lagi, bagi saya dia seumpama living textbook kerana mampu mengingati segala apa yang tertulis di dalam buku teks. Lebih penting, dia memahami apa yang diketahuinya. Bukan hanya hafalan buta!

Itu baru dia seorang, belum lagi jutaan Yahudi yang lain. Sememangnya ikut logik akal, mereka berhak menguasai dunia.

***

Apa pun saya hanya memandang tinggi kepada Yahudi akan kesungguhan mereka dalam mencapai sesuatu. Isu kejahatan, kekejaman Yahudi berfahaman Zionis itu perkara lain dan saya sememangnya tidak bersetuju akan semua itu.

Berbalik kepada kita di Malaysia, berapa ramai yang ada usaha seperti kawan Yahudi saya seorang itu? Saya akui, saya sendiri pun agak susahla untuk menjadi seperti itu. Selama ini saya banyak melihat orang-orang di Malaysia ramai yang hanya tahu berkata "Saya benci Yahudi!", "Mampus Zionis!" dan macam-macam lagi kata kebencian lain tapi berapa ramai yang ada usaha untuk menandingi Yahudi?

Kata nak boikot barangan keluaran Syarikat berkait Yahudi macam McDonald, Dell, Nestle dan lain-lain tapi saya rasa belum ada lagi mana-mana pihak di Malaysia ini yang dapat mengadakan barangan seperti keluaran syarikat yang diboikot tadi.

Dan sekali lagi saya ingin katakan, "Ikut Logik Akal, Yahudi Layak Menguasai Dunia!"

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?