Assalamualaikum ---- Salam 1 Dunia
____________________________________________________________________
![]() |
Apresiasi gambar kepada Blog Dunia Cacamarba |
So, aku malas nak ulas lebih-lebih pasal tu sebab aku tak reti ekonomi. Kira 1 + 1 = 2 itu aku tau la. Tapi aku ulas sikit-sikit laaa.
Jujurnya, aku tak rasa penghapusan secara total skim PTPTN ini sesuatu yang bagus. Tapi aku nak bagi satu sebab saja sebab ini ialah common sense. Nak cakap pasal ekonomi aku tak boleh. Kita lihat dari segi moralnya. Bukan aku nak kata Malaysia akan lahirkan generasi tidak bermoral. Bukan begitu. Maksud aku di sini para pelajar kena ada sesuatu external force yang akan mengikat dorang ni supaya jangan memain bila belajar kat universiti ni. Tapi tengokla sekarang, walaupun realitinya akan ada bebanan hutang bila habis belajar nanti (aku tak pasti berapa rate interest) tapi ramai yang take it for granted.
Mungkin ada yang cakap, "Ala, kau budak MARA. Mana tau semua ni." Sorry to say, MARA pun macam PTPTN okay! Semua yang so-called Biasiswa @ Scholarship tu hanyalah berbentuk pinjaman @ loan. Cuma hanya akan jadi biasiswa penuh kalau kau dapat result yang memang power. Yang beza dengan PTPTN (mungkin) tiada interest dan bukan bayar penuh. Dan satu lagi, aku bukan la budak bawah scholarship lagi sebab aku buat hal time study dulu, so sekarang aku ada hutang RM130k dengan MARA. Agak-agak boleh tak aku buat demo kat depan MARA HQ nanti?
Apa pun, aku setuju kalau dorang demo sebab nak kerajaan hapuskan benda-benda membebankan dalam PTPTN macam bunga dan kos pentadbiran tu. Sebab benda ni memang dengan jelas dan nyata membuatkan para peminjam tercekik. Kalau dorang bising pong-pang pong-pang pasal nak ini konfem aku sokong 100%.
Dan bila ada yang kata susah nak bayar balik sebab lepas habis belajar susah nak dapat kerja, tu pun masalah juga. Kerajaan bagi pinjaman dengan reasoning:
Premise 1: Kau pinjam duit aku sebab nak belajar.Masalah tak dapat kerja lepas belajar tu aku taktau masalah siapa. Samada memang masalah dia memilih kerja atau pun belum rezeki lagi. Dan aku terpikir juga berapa banyak nak kena bayar setiap bulan. Bila aku pikir balik dulu pak sedara aku kata dia bayar setiap bulan RM50. Sekarang dia kerja dengan FELCRA, duduk KL, gaji tak la besar mana, menyewa rumah. Aku tengok mampu je dia bayar. Memang susah la nak bayar agaknya tapi dah nama meminjam mesti la bayar. Lagi satu sebab aku tengok pak sedara aku ni bukan jenis suka berjoli sana-sini. Tak la suka tengok wayang, hu ha hu ha sana sini macam sesetengah orang tu. So, duit dia tersimpan la nak bayar PTPTN.
Premise 2: Lepas belajar, kau dapat kerja, kau kena bayar.
Conclusion: Kau pinjam duit aku, kau kena bayar.
Dan bila aku check-check, aku dapati PTPTN ni pun ada juga skim pengecualian pembayaran semula. Tapi yang ni untuk yang dapat First Class Honours la. So siapa taknak bayar balik, belajar bagus-bagus, result excellent sampai dapat First Class Honours ni. Untuk bacaan lanjut boleh tengok sini.
Apresiasi gambar untuk MyMetro |
Adios!
*Maaf sekiranya tulisan aku mengganggu sensitiviti mana-mana pihak dan menyinggung perasaan sesiapa*
bro, saya baca pemimpin atas PKR bukan nak hapuskan PTPTN terus tapi nak bagi pendidikan percuma hingga peringkat universiti. Saya rasa ramai orang melayu dah tersilap baca dan salah faham pasal isu ni. saya bantah ptptn ni kerana makan riba sampai 4% tiap2 bulan. Bukan semua dapat pengurangan 1% tu, sikit saja yang dapat. Saya pinjam mara dan ptptn, saya antara peminjam yang rajin membayar. Oh tapi penat bila check ptptn ada je faedah riba saya terkena, kena bayar awal bulan sebelum dapat gaji untuk elak dikenakan riba. Orang berniaga bolehlah bayar awal bulan.....oh letihnya
ReplyDeleteApa yang PR nak buat adalah hapus kan PTPTN, sbab ptptn ni dah lari dari tujuan asal dia. Sekarang ni banyak kolej2 yang yuran dia bapakk mahal dengan kualiti study life campus entah apa2..kolej2 umah kedai ni la yang mengambil kesempatan..macam2 kolej sekarang ni. Bila dah habis study, course pelik2, susah nak dapat kerja. Kalau dapat kerja 1500 per month, stay in kl..sewa bilik, makan, bagi parents, mana nak byr hutang ptptn. Tu pr cadang kan free education, sbab kita mampu. Plus hutang ptptn semakin meningkat. Dari tahun ke tahun..- BDk MARA.-
ReplyDelete