Komrad

May 8, 2012

Teguran Membina vs Teguran Membunuh

Assalamualaikum ---- Salam 1 Dunia

Layan kejap drama sebabak (Nama watak yang digunakan hanyala fiksyen semata-mata. Sebarang persamaan dengan individu di alam nyata hanyalah satu kebetulan)

Drama 1

Alin: Boboi, cantik kan tudung aku ni?

Boboi: Cantik pelotak kau! Ni tudung ahli neraka ni! Mana boleh pakai tudung macam bonggol unta ni. Dah-dah aku taknak tengok semua ni. Masuk neraka aku sekali nanti.

Drama 2

Pika: Long, cantik kan baju aku ni? Aku baru beli semalam. Stylo kan? Kan?

Along: Hmm, cantik juga ni Pika.Tapi macam kurang sesuai la. Tak cukup tutup aurat lagi ni kalau ikut Islam. Orang Islam macam kita ni kena ikut apa yang Allah suruh. Satu benda, tutup aurat. Takpe, lain kali Pika beli la baju yang ikut apa yang Islam suruh, okay?

_______________________________________________________________________________

Apa macam dua babak drama di atas? Yang mana satu nampak lebih sopan? Pastinya yang kedua kan?

Saya tergerak hati nak tengok ni sebab hari ini ramai orang dah nampak macam timbul kesedaran untuk kembali mengamalkan nilai-nilai agama Islam yang sebenar. Tapi malangnya, ramai pula yang kadang-kadang tersalah approach.

Contoh paling mudah ialah macam dalam 2 babak drama pendek saya di atas. Banyak orang yang selalu buat silap dalam menegur orang.

Bagi saya, memang baik niat menegur orang kalau kita nampak orang tu ada tersilap. Tapi kaedah atau approach itu sangat penting samada hasilnya nanti orang itu akan dengar cakap kita atau orang tu akan benci dan meluat nak dengar cakap kita.
"Sampaikanlah perkara yang benar walaupun pahit"
Ramai orang yang mengambil maksud secara zahir akan baris ayat yang saya tulis di atas ini. Memang, kita disuruh menyampai kebenaran walaupun kadang-kala terasa susah. Tapi itu bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang nak tegur orang konon nak sampaikan kebenaran.

Satu contoh mudah lagi untuk saya berikan selain dari babak drama di atas tadi, bayangkan anda keluar pergi shopping mall dengan memakai baju terbalik dan anda tidak MENYEDARINYA. Tiba-tiba ada orang yang gelak-gelak kat anda, siap pakat gelak ramai-ramai malah untuk membuat keadaan lebih lawak, pergi buat announcement dekat PA System yang anda memakai baju terbalik. Apa rasanya?

Memang benar orang itu memberitahu kebenaran yang baju anda terbalik tapi kesan sikapnya itu, apa yang anda rasa? Malu? Marah?

Begitulah juga dengan menegur orang bila nampak perkara yang tidak sepatutnya. Kenalah kita berhemah. Fikir cara yang tidak menyinggung perasaan orang. Mungkin anda akan kata, "alah, aku cakap yang betul ni. Consider la apa yang aku cakap, jangan emosi."

Itu kata anda. Tapi bagaimana dengan orang yang anda tegur itu? Yang pasti setiap manusia tidak sama. Ada yang mudah menerima teguran walau macam manapun jenis teguran. Ada juga yang sensitif dan mudah melenting. Jadi berhemahla dalam menegur.

Satu perkara lagi, selain dari menegur secara kasar yang sememangnya akan buat orang yang ditegur sakit hati malah mungkin berdendam, saya nampak ramai juga jenis yang suka menegur secara sindiran. Bagi saya, ini sesuatu yang patut dielakkan la.

Bukan apa, kadang-kadang sindiran pedas dan sinis itu sebenarnya lebih "membunuh". Ini lah masalah sekarang. Siapa tahu, kita rasa kita buat benda kebaikan tapi rupanya kita mengundang dendam dan kebencian.

Jadi, sekali lagi saya ingatkan marilah kita nasihat-menasihati, tegur-menegur dengan cara berhemah. Jangan main hentam keromo saja. Tiada guna jika anda berlagak alim dengan kuat menegur orang tapi akhirnya orang menjauhkan diri dari anda kerana approach anda yang salah dalam membuat teguran.




No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?