Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Jul 2, 2012
With All Respect To Mario Balotelli
Terjemahan:
"Saya seorang rakyat Itali secara naturalisasi, tetapi saya berasal dari Ghana. Saya telah ditinggalkan oleh ibu bapa saya dan kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh dua orang "Malaikat" (merujuk kepada ibu bapa angkatnya). Saya berhadapan dengan perkauman setiap hari. Saya merupakan seorang berkulit hitam pertama menyarung jersi kebangsaan Itali. Saya tidak marah, tetapi pengalaman hidup saya menjadikan saya berkelakuan lain daripada orang lain. Cuba untuk fahami saya sebelum anda mengkritik saya!"
Update Hari Ini: Euro 2012, Sepanyol Juara
Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia
Atas sebab masalah Internet connection tiba-tiba putus di kawasan aku, maka aku agak terlambat beberapa jam la nak update pasal Euro 2012 ni.
Seperti yang memang dijangka ramai umat Manusia di seluruh dunia, Spain atau nama Melayunya Sepanyol berjaya menjuarai Euro 2012 sekaligus menjadi negara pertama berjaya menjadi juara untuk dua edisi berturut-turut. Menewaskan Italy atau nama Melayunya Itali, Juara Euro 1968 memang nampaklah ke-elegan-an Sepanyol sebagai Raja Bola Sepak Dunia.
Walaupun aku fan England tapi untuk final ni aku sokong Italy tapi apa boleh buat, the Spaniards already proved they are the best of the best. Amboooi Itali kena belasah 4-0. Gameplay Sepanyol memang lebih nampak outclass berbanding dengan Itali. Kesian la "Gigi" Buffon, Pirlo, de Rossi tu aku rasa ini mungkin Euro terakhir mereka, kempunan nak angkat trofi tu.
Walaupun di-cop oleh ramai "haters" sebagai negara "The Best Divers" sebab ramai player suka dan pandai dive tapi apa pun aku tetap mengucapkan tahniah kepada Sepanyol sebab menang Euro 2012. Dorang memang berhak untuk menang dengan prestasi dan taktikal possession football yang dorang tunjukkan. Dan aku rasa mesti ramai awek-awek, akak-akak malah makcik-makcik bangun pagi tu nak tengok final ni sebab nak tengok Torres, Silva, Fabregas dan lain-lain main.
So, next major FIFA International Event ialah World Cup 2014 di Brazil. Agak-agak Sepanyol dapat juara lagi tak? Ada setahun lebih lagi untuk mengetahuinya.
Majulah Sukan Untuk Negara!
*Perasan tak Balotelli terus masuk Changing Room lepas kalah tu? Tak profesional la. Agak-agak kecewa pun contohi la kawan-kawan sepasukan lain. Dorang salam-salam pemain Sepanyol lagi. Tapi, itulah Mario Balotelli, yang memang pelik*
Jun 29, 2012
Auf Wiedersehen Deutschland
Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia
Entah betul ke tak title aku letak kat atas ni, main pakai Uncle Google je. By the way ini rasanya entry pertama aku dalam blog ni pasal Euro 2012. Tapi aku memang mengikuti Euro 2012 ni dari awal lagi, in fact 80% tournament matches aku tengok.
Forza Italia!
Rasanya ramai dah tahu yang Germany kalah kat Italy 2 -1. Serius memang ini satu kejutan dan aku sangat pasti dan percaya ramai kipas-susah-mati samada melalui proses naturalisasi, warisan mahupun jadian sangat butthurt dengan kekalahan ini. Agak-agak mesti ramai kaki judi bola kalah judi pasal match tadi kan, pasal bet letak Germany menang, siapa letak Italy tu nasib baik dia la (PERINGATAN: JUDI ITU HAROOM DI SISI AGAMA ISLAM)
Aku bukan lah seorang penyokong Itali sebab team yang aku sokong, England sudah pun "dihalau" keluar oleh Italy. Tapi aku nak sangat tengok Germany kalah match lawan Italy dan dijadikan cerita mereka berjaya di-butthurt-kan oleh The Azzuri. Serius aku tergelak bila tengok ramai orang butthurt dan meroyan terutamanya di Twitter.
Siapa yang tak tengok match tadi, untuk pengetahuan korang, kedua-dua gol Italy dijaringkan oleh "Super" Mario Balotelli dan gol-gol dari brader nakal ni especially gol kedua memang superb walaupun tak secantik gol Ibrahimovich melalui sepakan guntingnya dan Sami Khedira melalui first timer harituh. Manakala gol Germany pula dijaringkan oleh Abam Ozil melalui sepakan penalti di saat-saat akhir.
Walaupun Italy ni banyak kali juga bertahan tadi tapi counter-attack dari dorang memang bahaya. Dan aku rasa hero-hero Italy ialah Pakcik Buffon, Abam Pirlo, Abam De Rossi dan semestinya Brader Balotelli. Germany pun tak kurang hebatnya sebab banyak juga percubaan bahaya terutamnya dari Lahm, Khedira dan Ozil. Cuma yalah, bak kata Dato' Hj. Hasbullah Awang, bola itu bulat. Semuanya tak mustahil terjadi.
So, final nanti Italy akan bertemu dengan Spain. Tak boleh kata Spain confirm menang sebab Germany pun favorited untuk menang tadi tapi kalah juga. So kita tengok la nanti.
![]() |
| Dipetik dari Sukan Star: Laman Berita Sukan Yang Diulas Dengan Kaki. Kunjungi FB mereka dan klik like. |
Last sekali aku nak quote satu tweet member aku yang aku rasa sangat best tadi.
I want Italy to win so that the girls who watch football because of handsome players get shellshocked by BalotelliAdios!
*Apologi kepada fan Germany*
Subscribe to:
Posts (Atom)


