Assalamualaikum WBT
Salam 1 Dunia
Akhirnya, saya dapat juga curi masa nak
update blog ni....kehidupan sebagai pelajar
Medic lagi-lagi di Universiti yang guna sistem tradisional ni memang mencabar jasmani dan rohani. Kalau kira boleh ja saya
update blog sebab rasanya hampir 24 jam
laptop saya ter-
online tapi entahla dah memang saya ni pemalas.
Semalam (Jumaat 15 April), saya baru saja
failed Test Peripheral Nervous System dalam
Human Nervous System (Anatomy).
Rasa sangat
down sebab bukan saya tak tau, tapi mungkin sebab beberapa perkara Allah hijabkan dari pemikiran saya untuk jawab test tu dengan baik. Soalan bukan susah sangat pun, cuma label beberapa
cranial nerves, brachial plexus, cervical plexus, sacrolumbar plexus, ganglia, parasympathetic dengan sympathetic fibers lepas tu adala sikit abnormalities macam Horner's Syndrome dengan Hemiplegia Alternans.
Lagi tambah
down, bila saya tak dapat
present Seminar pasal
Sensory and Motor Disturbances Following Spinal Cord Lesion dengan baik. Memang sangat
down sebab dah prepare siap-siap tapi saya tak ingat pula nak explain pula benda simple macam
Posterior Funiculi (Gracilis/ Cuneatus), lepas tu siap tersilap pasal
Corticospinal tract.
Cukup sampai di situ, maka dengan hati yang kurang semangat saya pun pergi la keluar jalan-jalan waktu petang. Saja ambil angin petang sambil bawa kamera yang bermasalah lepas jatuh dalam salji waktu main kat Petrin Hill dulu. Mana tau dapat tenangkan jiwa yang kacau.
Wah, sangat kagum tengok ciptaan-Nya, Subhanallah! Musim bunga ni orang kata cantik sebab banyak bunga yang kita boleh nampak. Tapi sekarang ni belum lagi keluar sangat la, mungkin dalam seminggu dua lagi la kot...memang rasa aman damai tengok.
Ni la antara beberapa gambar yang saya sempat ambil. Untuk lebih lanjut bolehla klik kat
sini.
 |
| Bunga-bunga |
|
|
|
 |
| Bunga lagi | | |
|
|
 |
| St. Ludmilla Church |
 |
| Trh (Market) tapi tak banyak tak buka lagi sebab awal sangat |
 |
| St.Ludmilla Church (dari depan) |
 |
| Bunga | |
 |
| Close-up bunga |
 |
| Bunga di depan St. Ludmilla Church |
| |
| saya sangat suka dengan family ini, mereka sangat cool |
Ini la antara kegiatan saya dalam usaha untuk memujuk hati yang
down. Dan seperti yang tertulis kat
caption gambar yang paling
last tu, saya memang suka tengok
family ni. Sangat
sporting dan budak kecik tu pandai pula bergaya.
Credit untuk mereka.
Sekian.