Komrad

Showing posts with label Holdall Bag. Show all posts
Showing posts with label Holdall Bag. Show all posts

Dec 8, 2011

tralala

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia


Alhamdulillah, aku kembali berpeluang nak update blog ni lepas beberapa hari outstation. Cheh, macam la aku ni kerja kan, padahal lepak bersama keluarga tersayang, mengeratkan hubungan kekeluargaan la katakan :)

Untuk entry kali ni aku tak tau pun nak letak tajuk apa sebab tu la aku hanya letakkan "tralala" sebagai tajuk. Untuk makluman ianya langsung tiada kaitan pun dengan trololol tu ye kawan-kawan.

Entry aku sebelum ni aku ada cerita nak beli holdall bag kan? Yep, finally aku dah dapat pun. Murah je beli kat F.O.S ; RM69 je....sangat cantiiiikkk dan satu lagi benda yang best, dapat free 1 beg lagi. Year end promotion kan, rezeki aku la bila time nak bayar kat kaunter akak tu suruh aku ambik 1 lagi beg model sama cuma warna je yang lain.

Yang aku perasan, belum ramai lagi orang pakai beg macam ni kat tempat aku nih. Mungkin sebab ramai yang masih ingat ni beg perempuan kot. Adik aku sendiri pun asyik nak tease aku je, kata nya aku beli beg perempuan. Come on la, beg ni kat men's section kot, tak kan la jual untuk perempuan kan?

Holdall Bags :)

Dan satu lagi yang best, akhirnya aku dah beli buku Tun Dr. Mahathir, A Doctor In The House; The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Serius aku sangat excited bila dapat jumpa buku ni kat Book Exhibition Popular Bookstore. 

Selama ni aku ada juga cari tapi asyik sold out je, tinggal yang Chinese version je. Harga asal RM100 tapi sebab promotion dapat discount 10% so aku dapatla RM90. 

Aku memang kagum dengan beliau 

So, tu je la update aku. Memang polisi aku nak ber-blog pendek-pendek je. Apa-apa pun memandangkan sekarang musim cuti sekolah, selamat bercuti kepada semua budak-budak sekolah dan mungkin ada yang nak bersunat. Hehe, pengalaman sekali seumur hidup tu. Dan mungkin ada yang nak melangsungkan perkahwinan aku ucapkan selamat pengantin baru, moga berbahagia hingga ke akhirnya 

Adios!


Dec 5, 2011

Jom pakai Holdall Bag

Salam Y'all!!


Siapa tahu apa itu holdall bag? Kalau nak tau sila tengok sini dan boleh tengok gambar di bawah. 

Musto Holdall Bag Vintage Leather Holdall

Okay, sudah dapat gambaran kan apa itu holdbag? 


Biasanya nampak eksklusif sebab made of leather tapi ada juga yg guna pvc atau fabrik kain.


Walaupun nampak macam beg yang perempuan selalu pakai tu tapi ada juga beg jenis ni untuk lelaki.


Kat Malaysia jarang lagi aku tengok lelaki yang ada pakai beg macam ni. Mungkin sebab depa ingat beg ni beg perempuan kot.


Boleh dibawa pergi ke kelas, travelling, pergi kerja, messenger, malah kalau nak lepak dating dengan awek pun boleh. Tapi kena tahan perasaan agak-agak kalau orang nak bahan membahan tapi peduli apa kan. Bukan duit dorang.


Bagi yang memang takut-takut akan dicop sebagai jambu, gay dan sebagainya, jangan risau sebab ada sesetengah holdall bag ni yang yang ada strap so y'all boleh la pakai macam sling bag.


Seriously beg ni memang stylo mailo dan sekarang aku tengah cari sebiji yang memenuhi cita rasa aku.


So sesiapa terfikir nak stylo sikit bolehlah pertimbangkan fikiran anda untuk beli beg macam ni.


Ni ada lagi beberapa gambar holdall bag

Dunhill Men's Chassis Leather Holdall Bag

Ralph Lauren Black Label Nylon Holdall Bag


Holdall Bag by Paul Smith


Virginland Holdall Bag


Gucci Woven Leather Holdall Bag (Men's)

Let's check it out yo!