Komrad

Showing posts with label Kenangan Lama. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Lama. Show all posts

Nov 15, 2011

Kenangan SPM: Demam Campak

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Well, sekarang dah masuk minggu peperiksaan SPM. Dan adik aku yang nombor tiga Akmal Idrus tu pun tengah exam juga (hari ni hari kedua). Semoga dipermudahkan semuanya.

Berbalik kepada tajuk yang aku letak untuk entry aku nih, memang semua orang pun mesti ada kenangan SPM kan asalkan dia memang ada ambil SPM. Aku pun ada juga kenangan yang memang sampai bila-bila pun tak akan aku lupa.

Ceritanya macam ni, aku SPM tahun 2007 di MRSM Kota Kinabalu. Huhu, takdela lama sangat dah pun kan? Baru 4 tahun macam tu kot, orang kampung aku bilang "masih fresh lagi" kenangan aku ni. Waktu SPM ni la aku kena jangkitan demam campak. Pergh, memang pahit pengalaman aku nih.

Aku ingat lagi, time tu aku tengah study dengan kawan aku kat dalam bilik dia time hujung minggu. Entah tiba-tiba rasa macam gatal je badan aku ni. Pastu panas sket. Bila tengok ada macam bintik-bintik merah kat dada, leher dengan perut, aku pun call la family kat rumah. Waktu ni memang budak form 5 je yang tinggal kat sana sebab budak lain dah cuti. Family aku pun datang. Mula-mula mama aku ingatkan aku kena ruam panas (heat rash) je tapi aku kata dengan dia yang aku macam nak demam. So, mama aku suruh aku minta sign outing kat warden sebab nak bawa keluar pergi klinik.

Kulit yang nampak macam ada bintik merah/ ruam (Sumber: Wikipedia English)

Pergi klinik, doktor tu kata aku kena demam campak (Measles). Huhu, waktu ni memang aku jadi bingung. Yela, waktu exam macam ni la aku kena penyakit macam ni. Doktor bagi ubat pastu tanya aku nak MC ke tak, tapi aku jawab kat dia yang aku tengah SPM. Pastu aku pun balik asrama. Takut juga aku nanti penyakit ni terjangkit kat kawan lain so aku pun lepak kat bilik lain.

Waktu nak exam, aku bagitau cikgu Homeroom aku, Cikgu Tengku Faiza yang aku kena measles ni. Then dia tanya aku boleh ambil exam ke tak hari tu. Aku jawab aku nak ambil juga. Lepas bagitau pengawas peperiksaan, aku dapat la sebuah bilik istimewa kat luar dewan. Hehe, best ada aircond. Meja pun besar sebab tu meja bulat yang untuk dinner tu. Pastu ada sorang pengawas periksaan yang jaga aku.

Seksa juga nak jawab soalan bila sakit ni. Macam nak nangis pun ada. Yela SPM kan. Rasa mengantuk sebab makan ubat. Pastu badan gatal-gatal. Dan satu lagi aku tak dapat mandi sebab doktor tak bagi. Dia suruh aku lap je badan pakai air suam. Memang merimaskan sungguh. Mujur bilik tu sejuk. Pastu pengawas peperiksaan pula bagi aku extra time sebab aku memang lemah sungguh time tu.

Alhamdulillah lepas seminggu macam tu aku dah tak gatal badan lagi tapi aku mesti terus kena makan ubat takut-takut kalau tak sembuh sepenuhnya. Sempat juga la aku jawab paper Pendidikan Islam, Matematik Tambahan dengan Matematik Moden kat dalam bilik tu. Dan aku dapat juga akhirnya kembali ke dewan besar untuk jawab paper Physics, Chemistry dan Biology. Waktu ni aku masih lagi pening-pening, mengantuk, sakit sendi tapi aku kuatkan hati nak jawab soalan.

Tu la pengalaman aku time SPM dulu. Alhamdulillah syukur sebab walaupun sakit tapi dapat juga la keputusan yang boleh tahan la juga. Rezeki. Disebabkan pengalaman ni la sekarang ni aku selalu hati-hati bila nak ada exam ni. Jaga makan, tak banyak keluar rumah lebih-lebih lagi kat tempat yang ramai orang, pastu tak buat aktiviti yang lasak. Ye la kan, malang tak berbau. Lagi baik beringat sebelum kena orang kata.

Lastly, SELAMAT MENGHADAPI SPM 2011 KEPADA SEMUA CALON. SEMOGA BERJAYA :)

Aug 25, 2011

Hadiah buat kekasih

Assalamualaikum WBT

Salam 24 Ramadhan 1432 H

AMARAN: ENTRY KALI INI SANGAT TIDAK BERMOTIF AKADEMIK.

Tajuk entry ini rasa tak kena sebab aku takde kekasih. Hahahaha.
Saja je letak tajuk tu. Macam tajuk lagu tapi otak aku tengah tepu tak dapat pikir nak tulis benda berbunga-bunga

Aku baru sedar jubah ni besar. Dulu tak perasan pun

*Entry ini ditulis lepas aku jumpa jubah ni kat dalam almari; purposely bought time aku pergi Istanbul dulu untuk orang yang sangat spesel. Tapi semua hanya tinggal kenangan. Sekarang aku taktau nak bagi kat siapa nanti, mungkin aku simpan je kot hahhahahaha*



Jul 21, 2011

Zaman cinta monyet

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Untuk tajuk entry ini bukanlah monyet yang bercinta. Tapi dah orang biasa panggil cinta monyet aku pun guna la istilah cinta monyet ni. Bila pikir balik memang sangat kelakar. Kenapa kelakar? Sebab zaman cinta monyet ni la aku rasa paling lawak. Okay, tu lebih kurang sama je kan dengan kelakar. Sorry mengarut!

Walaupun aku bukanla termasuk dalam golongan budak hensem tapi aku pernah juga ada sejarah cinta monyet ni. Haha, korang ingat budak hensem + jambu je ke pernah ada kapling kuplang ni? Aku pun pernah ada la weyh walaupun sekarang masih single sebab takde orang nak.

Pengalaman pertama aku time Form 3 kalau tak silap aku. Haha, siapa gadis "bertuah" tu? Biarla rahsia. Waktu tu aku takde HP lagi. So aktiviti surat menyurat sangat la berkesan. Wa cakap sama lu, kira nya time tu memang power la bahasa berbunga-bunga standard Sasterawan Negara. Lepas tu panggil pula "saya", "awak"...auwwww suwwwwiittnyeeerr (macam nak kena pelempang diri sendiri aku nih, hehe). Bukan macam budak sekarang, umur baru 9 tahun mentang mentang dah ada HP main SMS je lepas tu guna panggilan macam "Papa", "Mama", "Abang" dan "Ayang". Sunat pun belum ada hati nak guna "Papa", itu sangat kelakar.

Paling lawak bila pikir balik, bila dapat surat hati berbunga-bunga macam dalam movie tu. Lepas tu, kena pula ada pen yang ada dakwat bau wangi...pergh, memang massyuuuk! Padahal isi surat semua lebih kurang sama je, paling klise tanya khabar (aku lain kelas dari dia).

Aku dengan dia kapling kuplang tu adala aku rasa dekat setahun. Kira lama la tu untuk 1st timer macam aku. Tapi serius aku tak pernah keluar dating dengan dia. Haha, entah kenapa. Mungkin sebab takut kantoi dengan parents kot. Setakat jumpa tak sampai 5 minit kat kelas ada la, tu pun sebab aku nak jumpa member aku kat kelas dia. Tapi pandai cover beb, takde orang lain tau. Main signal mata je. Sekarang bila aku tengok budak budak nih, dengan lelakinya baru nak pecah suara, dengan perempuannya baru nak kembang dada (ni cikgu aku selalu guna ayat nih), dah pandai dating kat tepi tasik pegang pegang tangan la...paling teruk tu, siap ada kissing kissing lagi. Adoyai, terlebih maju dorang nih. Apala nak jadi.

Tu la antara pengalaman 1st timer aku dalam dunia cinta monyet nih. Serius memang kelakar bila pikir balik. Tapi itula dunia. Nasib baikla aku tak pernah buat benda benda pelik, kalau tak mesti aku sekarang pun jadi orang pelik juga.

Orait, adios!

Peace No War

Aug 25, 2010

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia

Hari ini dah masuk hari ke-15 umat Islam di Malaysia berpuasa...sedar tak sedar dah setengah bulan puasa, ye dok! Dan aku macam biasa duduk di rumah jadi suri rumah sepenuh masa; kemas rumah, basuh baju dan yang sama waktu dengannya...

Dulu aku ada plan nak bisnes jual chicken wing time bulan puasa ni tapi tak jadi sebab kekurangan dana. So, simpan sajala hasrat di hati...

Ramadhan di rumah sorang2 (waktu siangla sebab mak abah aku pi kerja, adik2 pi sekolah) sangat bosan...tetiba teringat kenangan puasa kat KMS dulu, ya KMS...kenapa KMS? Sebab kat KMS aku rasa bulan puasa sangat best walaupun makanan buka puasa takdela semewah macam kat MRSM dulu...

Aku ingat lagi, bila masuk bulan puasa je, setiap period untuk subjek akan dipendekkan 5 minit. Kalau tengok memang sikit je 5 minit, tapi bila accumulate semua memang banyak jadinya...jadi dapatla balik awal dan meneruskan misi tidur dengan bergaya di atas katil yang setia menunggu. Kelas PREP rasa malas sekali nak pegi...dan memang selalu ponteng pun kecuali BIOLOGI....

Bulan puasa juga best kalau dapat berbuka puasa di luar kolej....err, maksud aku berbuka di tempat lain selain DS yang indah permai itu...masing2 kelas nak buat buka puasa kat Raudhah la, kat Seremban 2 la, kat Bistro la dan macam2 lagi tempat tidak terkecuali Man Tom Yam dekat Masjid Ampangan.

Bulan puasa juga, mesti ada tadarus Quran yang dah dibahagikan mengikut kumpulan Usrah. Tapi yang tak bestnya, sekerat je anak2 buah usrah yang turun....adoyaii....tapi lantak dorangla....siapa nak pahala lebih dipersilakan turun ke surau dan mengaji sesama.

Bulan puasa juga ada solat terawih...dan aku memang masuk dalam list untuk jadi Imam dulu. Aku buat la juga...1 peristiwa kelakar time terawih ni dulu time Ciko baca 1 rakaat 1 ayat Surah Al-Ikhlas selepas Fatihah....mak aih, memang kelakar nasib baik aku tak tergelak....

Itula antara benda yang jadi time Bulan Puasa Ramadhan kat KMS dulu...memang sangat rindu dengan masa itu...