Komrad

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Feb 10, 2012

Ketagihan Tegar: Politik

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia Y'all

Orang sekarang ramai betul minat cerita pasal politik. 

Di kedai kopi, dalam pejabat, di kafeteria, dalam teksi, tepi jamban, supermarket ramai cerita pasal politik.

Dalam Internet; Facebook, Twitter, Blog lagi berlambak.

Sampai cerita hantu pun boleh hentam kasi masuk pasal politik.

Inilah namanya KETAGIHAN TEGAR POLITIK.




*Boleh lihat di Hantu Jepun (Yahoo Malaysia)

Nov 21, 2011

Sukan Sea 2011

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Well, mesti ramai yang tau kan sekarang ni tengah ada Sukan SEA kat Indonesia (Jakarta dan Palembang) kecuali la dia ni jenis tak pernah tengok berita TV, baca suratkhabar ataupun jenis yang duduk dalam hutan takde hubungan dengan dunia luar.


Aku tak la tengok semua acara sebab aku ni jenis memilih sikit apa yang aku suka tengok. Dan paling aku tak boleh miss ialah badminton dan bola sepak. Tapi apa boleh buat Malaysia sudah kalah badminton. Sekarang tinggal harapan untuk team bawah 23 la (Harimau Muda) untuk menang lawan Indonesia final malam ni. Bagi diam sikit penonton Indonesia tu.

Dengar cerita la kan, ini antara Sukan SEA yang paling buruk penganjurannya dari segi kelakuan penonton dan juga kontroversi pengadil. Entah la betul ke tidak tapi rasa-rasanya macam betul sangat. Tengok je la bila team bola kita lawan Indonesia haritu, bila tengah lagu Negaraku dinyanyikan, penonton-penonton tu langsung tak menghormati lagu kebangsaan kita. Cuba kalau lagu dorang yang kita tak hormati, entah la silap-silap habis berterbangan buluh runcing. Itu belum lagi cerita pasal Pesilat Indonesia yang penakut, lari-lari dikejar pesilat Thailand. Dah la lari, menggigit lagi bahu lawan. Paling kelakar, dia boleh sembunyi belakang pengadil yang sama bangang juga dari Singapura. Dipendekkan cerita, Pesilat Indonesia tu pula yang menang.

Dengar cerita lagi, isu keselamatan pun jadi hangat juga. Ni pun pasal bola juga. Team kita terpaksa naik kereta berperisai (Armored Car aka Barracuda) milik pasukan keselamatan masa nak keluar dari Stadium hari tu. Dan mungkin untuk final ni pun kena naik juga (tengok sini The Star). Memang gila penyokong Indonesia ni. Kalau dah kalah tu buat apa nak emo. Pergi la marah team yang kalah tu, buat apa nak marah team menang. Hairan juga aku.

Tu je la kot aku nak membebel. Nak bebel lebih-lebih nanti blog aku ni kena serang pula oleh Laskar Online Indonesia. Dah la ni blogspot je, takde security sangat. Malas nak beli domain sendiri. Apa-apa pun jangan lupa tengok Final Bola Sepak Sukan SEA malam ni pukul 8.30 pm samada di Astro Arena (Astro 801), TV2 ataupun TV3. Satu lagi, tahniah kepada kontinjen negara kita yang dapat mencapai sasaran emas yang entah aku pun tak ingat dah berapa.

Adios semua! Peace yo!

Jul 9, 2011

Budak Scholar tersepit

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Sekarang bila buka Facebook dan Twitter memang banyak orang update pasal BERSIH 2.0 kat Malaysia. Aku pun ada juga la tengok livestreaming BERSIH 2.0. Well, apa yang aku nampak memang banyak sangat provokasi tak kisahla demonstran BERSIH, PATRIOT mahupun POLIS. Tapi aku pun taknak la cerita sangat pasal aku rasa banyak lagi blog yang buat live update pasal benda yang akan jadi SEJARAH besar negara Malaysia tercinta ni.

Cuma, sini aku nak ulas sikit pasal beberapa status dan tweet yang aku nampak kat FB dan Twitter yang kata scholar students kena turun support sekali Demo BERSIH ni tak kisahla di dalam negara mahupun di luar negara macam Melbourne, London, NY dan beberapa tempat lain. Well, ada beberapa la member yang tanya apa pendapat aku pasal budak scholar nak ikut benda macam ni.

Since aku pun budak scholar juga, so aku rasa memang patutla aku cerita pasal benda ni. Tapi ini hanyala pendapat aku, depa pun kata setiap pihak pun ada hak untuk bersuara. So, jangan laa korang nak membabi anjingkan aku pula lepas ni padahal aku hanya guna hak aku untuk bersuara.

Bagi aku, kalau kerajaan dah keluarkan issue suruh student scholar kat mana-mana pun untuk tak terlibat dengan demo BERSIH ni macam kat Czech sendiri, lagi baik kita jangan la ikut. Mungkin ada orang kata aku pengecut la, taknak berjuang la, takdak teloq la...tapi peduli apa korang nak kata. Ada aku kesah?

Mak Abah aku kerja cikgu. Tau sajala kerja cikgu bolehla hidup rasa senang tapi bukan senang macam tauke minyak. Aku ada adik-adik lagi yang nak sekolah. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba aku kena tangkap, lepas tu kena tindakan tatatertib dan paling teruk mungkin ditarik scholarship. Paling kurang aku kena bayar sekarang mungkin RM100K. Ada ke korang yang kata aku pengecut tu nak tolong aku kalau aku kena macam tu? Ada ke orang nak fight untuk aku. Belum tentu ada kan? Silap-silap takde langsung. Tapi aku rasa mungkin ada orang kata, kau pikir jauh sangat ni, takkan la kerajaan sanggup buat macam tu. Tapi siapa tau kan?

So, sebab tu la aku ambik keputusan untuk hanya diamkan diri. Ya, mungkin aku sokong apa yang dibawa oleh BERSIH 2.0 tapi tak bermaksud aku sokong sepenuhnya demonstrasi apatah lagi kalau student ikut sekali. Kita boleh bercerita, mengkritik tapi cuba pikir keluarga kita sendiri. Betul duit yang kita dapat tu duit rakyat yang bayar cukai, tapi kerajaan ada kuasa dan sekarang kuasa ada pada kerajaan BN. Nak taknak kita kena sabar. Belajar dulu, then grad balik Malaysia and start establishing ourselves. Lepas tu kalau nak buat apa pun buat la selagi tak langgar hukum agama.

Itu saja. Harap maaf kalau ada pihak tak puas hati. Kalau tak puas hati boleh la mencoret ke ruangan komen. Ini hanyalah pandangan ikhlas aku sebagai budak scholar @ budak dapat biasiswa lagi tepat biasiswa MARA.






"Better safe than sorry"

Berkhidmat untuk negara,
Ahmad Safwan bin Idrus,
Prague, Czech Republic

Jun 9, 2011

Malaysia Ku Hari Ini

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Malaysia ku hari ini,
Sana-sini suara mendabik dada,
Puak Dacing, Bulan, Roket dan Mata,
Bermadah itu dan ini,
Seumpama batu bisa ditukar emas
Akhirnya marhaen menjadi mangsa.

Malaysia ku hari ini,
Emas hitam umpama nyawa,
Jadi mainan puak berbalah,
Mereka kata ini, yang lain kata itu,
Sekali lagi marhaen menjadi mangsa.

Malaysia ku hari ini,
Apabila salah belajar,
Lupa adab dalam berkata,
Alim ulama dibuat gurauan,
Jangan lupa marhaen lah jadi mangsanya.

Malaysia ku hari ini,
Yang muda sibuk bergembira,
Yang tua lupa rumahnya,
Sama sahaja menjunjung serakah,
Kali ini salah siapa?

Al-Faqir Ilallah Ahmad Safwan bin Idrus As-Sabahi
Legerova, Prague 2.
Czech Republic