Komrad

Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Jul 10, 2012

Mengamuk Lagi

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Agak lama juga aku tak update, lepas beberapa hari yang agak sibuk dan takde benda nak tulis apa. Jadi kali ini aku nak share dengan korang satu video yang mungkin ramai dah tengok, tapi siapa belum tengok bolehlah tengok kot.

Kualiti video kurang memuaskan

Ketepikan isu politik, biar aku ulas benda nih dari segi common sense. Sebab kalau nak bincang masuk politik sampai ke sudah pun akhirnya bergaduh juga. Baik, kita nampak dua orang dalam video tu tengah mengamuk, seorang lelaki seorang perempuan. Motif mengamuk?

Dorang dua ni siap bawa pedang samurai lagi, ala-ala yakuza dah. Lepas tu dari apa yang aku baca kenyataan PDRM, dorang telah merosakkan beberapa harta benda orang seperti kereta. Dan setelah gagal mematuhi amaran dari PDRM, mereka telah ditembak oleh polis. Boleh dengar bunyi tembakan dalam video tu. Itu merupakan tembakan untuk melumpuhkan anggota tubuh macam kat tangan atau kaki.

Nak dijadikan cerita, lelaki yang mengamuk tu mati di Hospital Putrajaya. Mungkin akibat pendarahan ataupun komplikasi lain. Yang perempuan tu pula tak pasti, tapi yang pasti dia cedera kat peha.

Orait, bila nengok kat komentar orang pasal benda ni MalaysiaKini, kat FB. Ramai yang kaitkan dengan politik. Well dah memang jadi habit Meleis semua benda nak kait dengan politik dari big fish sampailah ke ikan bilis, sampai kalau boleh isu jamban tersumbat pun boleh kata PR salah guna kuasa la, BN tipu duit rakyat lah. Tapi itu biarlah. Suka hati dorang la, dah FB dorang. Satu kelompok lagi salahkan polis sebab tembak dua orang nih. Pertikai kenapa tak guna taser lah, itu lah ini lah.

Untuk golongan commenter yang macam ni, agak-agak tau tak SOP untuk polis bila berhadapan dengan benda macam ni. Kena ingat, dua orang ni terang-terang mengganggu keamanan dan bukan takat potentially dangerous, ni dah memang seriously dangerous. Tapi aku taknaklah ulas lebih-lebih sebab aku pun taktau sebab aku bukan polis. Satu benda yang memang selalu nampak kat Malaysia, bila polis tembak orang buat kacau, buat jenayah ramai orang bising. Tapi bila polis mati kena tembak dengan bandit-bandit ni, orang tak kisah pun. So that's the mentality, mostly the keyboard warriors'.

Apa pun, kepada sesiapa di luar sana satu je pesan aku. Fikir dulu sebelum buat. Ringkas tapi bermakna. Oleh itu, aku menutup tulisan aku kali ini.

*P/s: Orang hairan kenapa boleh mati kalau kena tembak kat bahu/lengan (???) dan ari-ari. Aku tak hairan sebab kalau kena arteri memang bahaya. Lagi bahaya kalau dapat shock sebab blood lost. Lagi satu mungkin PDRM dan pihak penguatkuasaan undang-undang yang lain boleh kaji sesuatu cara nak mengatasi masalah ni berulang kembali

Jul 5, 2012

2 Minggu Lagi Kita Puasa

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, hidup lagi aku hari ni, hari Nisfu Syaaban. Dan maksudnya ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Semalam di Facebook banyak orang share itu ini pasal Nisfu Syaaban tapi pedulikanlah, nanti jadi gaduh pula. Yang penting tu lah, buku amalan kita bertukar baru dan dua minggu lagi kita nak puasa.

Jadi, kepada sesiapa yang masih belum terganti puasa tahun lepas cepat-cepatlah ganti sebelum masuk puasa tahun ni pula. Yelah nanti kena fidyah pula kalau tertangguh sangat. Bukan maksud aku, dekat nak bulan puasa baru nak ganti. Tapi kalau boleh cepat-cepatla ganti.

Walaupun apa pun, marilah kita berdoa semoga diberi peluang untuk terus berpuasa Ramadhan tahun ini. InsyaAllah.


Jul 4, 2012

"Yakuza" Di Kompleks Karamunsing

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

*Entry ini akan menggunakan Sabahan style-writing*


Tadi ada la kawan aku share ini video di Facebook sama Twitter. Sekali buka, naa kau. Ini angkol (uncle) berabis dia memanas, mengamuk sana di kedai SenQ di Kompleks Karamunsing.

Punya berabisan dia memaki, humban-humban barang, teriak-teriak sampai tendang itu display rack. Aku pun ndala pasti kenapa juga dia mengamuk. Tapi dari apa yang tertulis di description dan apa yang dia cakap dalam video tu, nampak macam itu SenQ menipu dia bilang.

Menipu macam mana? Aku pun ndatau pasal aku sendiri nda pernah membeli barang di SenQ ni lagi. Tapi dalam komen-komen tu bilang, barang di sana mahal, sama itu dia punya pekerja macam sombong-sombong la, memilih pelanggan la. Ntah la, betul kali.

Tapi aku rasa ini cara macam nda berapa ngam oh angkol. Kau pigi humban-humban, kasi pecah barang itu nda bagus ooo. Silap-silap boleh didakwa pasal menceroboh, mengganggu keamanan dan merosakkan harta benda orang. Kalau iya pun kena tipu, nda puas hati terus la jumpa itu manager bagus-bagus. Ndapayah mengamuk macam itu. Kalau ndapun, kasi report terus sama itu Tribunal Pengguna.

Haiya, macam-macam ooo. Nasib baik dia nda kasi pecah segala itu LCD TV, itu laptop Sony, itu MacBook semua segala yang kena display. Kalau nda, sia-sia mau mengganti. Kui kui kui

*Bukan semua orang Sabah macam ini*