Komrad

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Apr 19, 2012

Topeng Manusia

Manusia topengnya pelbagai,
Tertutup iras terlindung lakunya,

Manusia topengnya pelbagai,
Di sini lain di sana lain.

Manusia topengnya pelbagai,
Teralpa pandangan terpedaya pasti.


Dec 3, 2011

sudah malas

saya sudah malas

tengok orang sana-sini kacau-bilau
semua pun salah, kau saja betul

saya sudah malas

kau ada ilmu keliling penuh dada
tapi sinikal perli orang macam saya

saya sudah malas

banyak orang bising-bising
lagi baik saya diam saja

jadi sebab saya sudah malas

apa kata saya chow dulu

Aug 8, 2009

meniti karya Uthman Awang

MATA AYAH

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

1964


Inilah sajak yg diberi pd ku oleh Pn Hasmah utk dikaji aspek kesusasteraan di dlmnya. Alhamdulillah aku telah berjaya menyelesaikannya sekaligus membentangkannya walaupun berlaku beberapa kesilapan teknikal. Terima kasih ku ucapkan kpd ckgu yg sudi memberikan bantuan dan membetulkan mna2 yg aku tersilap semasa membentangkannya.

Mar 10, 2009

"Malaysia itu tidak besar, tapi luas"

Malaysia,
Wah, indah nama itu!
Masih ku ingat abah pernah bercerita,
Perihal ku tika setahun jagung lagi usiaku,
Yang galak bertanya,

"Malaysia ni apa Abah?"
"Malaysia ni besarkah Abah?"

Dan Abah dengan penuh kasih sayang,
Memandang seraut wajah kudus si kecil,

"Wan, Malaysia tu negara kita."
"Malaysia tu tidak besar, tapi luas"

Ya, itu beberapa belas tahun yang lampau,
Namun, aku masih buntu,
Memikirkan kata-kata Abah,

"Malaysia itu tidak besar, tapi luas"

Tapi tidak mengapa,
aku yakin,
aku percaya,
kelak aku pasti dapat menggenggam jawapannya,
Entah, esok...
lusa,
tulat,
biarlah Yang Kuasa yang menentukannya.

Jan 5, 2009

Inikah yang kita nak lihat????




Bumi Suci Palestin...


Palestin,
Dulu engkau bumi Anbia,
Dulu engkau bumi Mursalin,
Bumimu menyimpan jutaan sejarah,
Yang sayang kini hancur musnah.

Palestin,
Atas bumimu letaknya Masjidil Aqsa,
Atas bumimu mikraj Nabi ke Sidratul Muntaha,
Namun kini,
Bumimu bermandikan peluru,
Bumimu bermandikan mortar,
Bumimu bermandikan darah umat Islam,
Masya Allah!!!!
Aku sedih,
Aku sedih,
Aku sedih,
Melihat saudaraku dibantai,
dihambat, ditembaka sesuka hati anjing Israel,
Aku sedih,
Aku sedih,
Aku sedih,
Melihat anak-anak kecil menjadi mangsa,
Mereka tak tahu apa,
Mangsa pengganas Israel yang kononnya cinta keamanan.

Wahai rakyat Palestin,
Teruskanlah perjuangan,
Usah kalian gentar,
Matinya kalian sebagai syuhada',
Di tangan anjing-anjing Israel,
Majulah saudaraku,
Hancurkan keegoan mereka,
Hancurkan keegoan Ehud Olmert, George W Bush,
Hancurkan keegoan semua yang bersekongkol,
Ingatlah,
Syurga Allah menanti kalian.

*Sekian sajak yang ditaip secara spontan ini.
Bantulah saudara kita di bumi Palestin yang menderita kerana pendatang Yahudi walau
dengan apa cara sekalipun.

Allahu Akbar....