Komrad

Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Apr 24, 2010

Mahathir Mohammad

Assalamualaikum wbt.

Kali ni aku nak tulis promote sikit pasal TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD, bekas PM Malaysia ke 4

Buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohammad yang ditulis oleh Barry Wain dah boleh kena jual kat Malaysia.

Walaupun ada dasar-dasar beliau yang aku tak berapa sokong, tapi secara keseluruhannya aku amat menghormati dan mengagumi beliau.

Beliau ialah lulusan perubatan, pernah menjadi doktor perubatan dan mempunyai klinik beliau sendiri (KLINIK MAHA).

Beliau bukannya lulusan sains politik, mahupun pengurusan kemanusiaan, ataupun ekonomi. Ini yang buat aku kagum dengan Tun.

Aug 14, 2009

Al-Fatihah kpd Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)

Tanggal 13 Ogos 2009, kita telah kehilangan seorg pendakwah yg tidak asing lg di kalangan kita iaitu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.

Sekejap sekali pemergiannya yg tak disangka itu. Beliau telah jatuh pengsan ketika sedang memberikan ucapan dlm sidang media program "Syahadah" terbitan RTM. Kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai dan disahkan meninggal dunia dlm perjalanan pd pukul 10.30 pg.

Semoga roh Allahyarham dimasukkan ke dalam golongan org yg beriman dan menuju syurga Allah.

Al-Fatihah

Jul 25, 2009

Memperingati 4 tahun pemergian Ahmad Deedat

Kenalkah anak2 muda hari ini dgn Almarhum Sheikh Ahmad Deedat? Pastinya hanya sedikit sahaja i ini yg mengenali Almarhum lantaran menularnya virus hedonisme yg melampau hasil propaganda barisan orientalis dan Yahudi yg sememangnya bencikan Islam hingga akhir zaman.

Tanggal 8 Ogos 2009 kelak, maka genaplah 4 tahun beliau meninggalkan kita. Ahmad Deedat, Hujjatul Islam zaman moden ini sememangnya menjadi ikon kpd para dai'e dan digeruni lawan dlm mana2 perdebatan berkaitan ketuhanan.

Aku tertarik dgn 1 artikel dlm majalah Al-Islam keluaran Ogos 2009 yg menyiarkan perihal Sheikh Ahmad Deedat tg cuba utk dimurtadkan beberapa Kaafiruun semasa 9 tahun akhir hidupnya (beliau terlantar sakit). Ternyata tahap keimanan Almarhum begitu tinggi dan mampu mencantas segala usaha kotor tersebut meskipun tidak mampu bercakap lagi (beliau menggunakan sebuah komputer yg menggunakan teknologi pergerakan iris mata utk menzahirkan buah fikirannya). Beliau menggunakan ayat2 dlm bible sendiri bagi mematahkan usaha sang Kristian memurtadkannya. Subhanallah.

Meskipun terlantar sakit, minda beliau tetap tajam dan menurut kata Sabiha Doolar Khan yg selalu menemui Almarhum, tidak pernah ada org yg kelihatan hebat dan menenangkan ketika sakit dan terlantar di atas katil melainkan Sheikh Ahmad Deedat.

Lihatlah Almarhum Sheikh Ahmad Deedat, beliau berjaya mempertahankan AKIDAH TAUHIDnya hinggalah ke akhir hayat dan seharusnya dijadikan pedoman kpd kita semua umat Islam.

Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yg menjadi penghuni Syurga ALLAH SWT.

AL-FATIHAH buat Almarhum Syeikh Ahmad Deedat...