Komrad

Showing posts with label lukenabeb. Show all posts
Showing posts with label lukenabeb. Show all posts

Jun 14, 2011

Illuminati di mana-mana (sila baca dengan serius)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

(Amaran: Pada pembenci teori konspirasi anda dilarang keras untuk membaca entry ini)

Orait, rasanya ramai yang tau apa itu illuminati dan gua pun malasla nak terangkan lagi apa itu illuminati. Siapa yang tak pernah dengar pasal illuminati tu berkemungkinan besarlah baginya untuk tidak pernah bertemu dengan komputer apatah lagi penggunaan internet yang berleluasa di zaman moden ini.

Gua sememangnya suka mengkaji perkara-perkara semacam ini apatah lagi sekiranya ia mampu menaikkan tahap adrenalin sehingga menyebabkan adrenalin rush yang kesannya berkali ganda lagi power berbanding dengan penggunaan ganja mahupun syabu.

Dan ini merupakan antara hasil kajian gua yang berlainan dan bukan klise seperti yang pernah diterbitkan oleh penulis-penulis lain. Tulisan mereka sangat mengarut dan sewajarnya perlu dipertikaikan kerana pengamalan ketidakjujuran dalam membuat kajian illuminati.

1. Awakening Records
Selepas membaca entry ini, gua harap para peminat taklah terdorong untuk menembak mati gua mahupun merancang komplot untuk memalukan gua dengan skandal video seks 4 penjuru dan sebagainya. Ini merupakan hasil kajian ilmiah gua semata-mata. Dan harus diingatkan gua tak pernah mengatakan Maher Zain dan artis-artis lain yang bernaung di bawah label Awakening Records tu agen illuminati. Cuma sebagai renungan semata-mata.
Logo Awakening Records
Cuba tengok, memang jelas kan nampak simbol mata ataupun lebih famous dikenali sebagai all-seeing-eye dalam dunia kegelapan freemasonry dan cerahnya illuminati. Ditambah dengan kehadiran sebuah piramid di tengah-tengah menimbulkan persoalan yang wajar dibincangkan secara ilmiah di mana-mana pusat pengajian tinggi.

2. Parti Keadilan Rakyat
Satu lagi pendedahan tergempar dari gua. Semua orang di Malaysia hatta budak tadika masih berhingus pun tau pasal PKR ni. Dengan lahirnya pemimpin Agung mereka iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim ternyata PKR merupakan legend dalam politik haluan kiri menentang UMNO/BN yang dari dulu sampai sekarang asyik melabel diri sebagai kerajaan prihatin. Tapi cuba kita tengok lambang PKR. Apa akan dapat kita lihat?

Parti Keadilan Rakyat
Gua nak jelaskan di sini kepada penyokong PKR, gua bukanlah penyokong UMNO/BN mahupun ahli Perkasa ataupun Pekida yang ultra nasionalis. Gua merupakan seorang anak muda yang hanya menjalankan kajian secara amanah dan telus dan tiada unsur khianat sepanjang kajian gua. Cuba lihat lambang mata di tengah-tengah. Itu merupakan all-seeing-eye!!!!! Nah, illuminati la jawabnya.

3. Nasi lemak daun pisang
Lagi satu pendedahan agung yang ingin gua kongsikan. Melayu memang sudah lama dilibatkan dengan perangkap illuminati zaman-berzaman dan ianya datang melalui sesuatu yang tak disangka iaitu Nasi Lemak Daun Pisang. Siapa sangka kan? Hal ini sebenarnya pernah disedari oleh beberapa peniaga nasi lemak di seluruh Malaysia, tapi atas alasan untuk menjaga keuntungan, ianya didiamkan bagi mengelakkan berlakunya mogok nasi lemak di kalangan masyarakat Melayu khasnya.

Piramid dan all-seeing-eye!!!
Gambar di atas merupakan bukti kukuh bagaimana pengamal illuminati meletakkan jarum halus dalam masyarakat Melayu tanpa disedari. Bagaimana ramai orang Melayu sebenarnya tertipu dengan permainan illuminati dan menerimanya tanpa rasa was-was.

4. Not 10 Ringgit
Ini merupakan hasil kajian ilmiah gua terakhir. Sebenarnya ia bukanlah hasil kajian gua seorang tapi ianya diberitahu secara lisan kepada gua oleh seorang ahli kelab pengkaji illuminati Malaysia yang risau akan pengaruh illuminati dalam ekonomi negara kita. Dan sememangnya kerisauan beliau sangat berasas.

Lihat piramid dalam bulatan (Sumber gambar ini dari blog member gua)
Nah, cuba lihat bagaimana kehadirang all-seeing-eye di dalam piramid illuminati menyebarkan cahayanya ke seluruh dunia melalui ketiga-ketiga jenis kenderaan yang mewakili udara, darat dan laut. Ini sememangnya sangat berbahaya kerana dengan jelas, sistem perbankan kita melalui Bank Negara Malaysia sendiri turut mula dicemari dengan unsur-unsur illuminati.
__________________________________________________________________________________

Bagaimana sekarang?

....
......
........

Walaupun gua berjaya menerbitkan penulisan membongkar illuminati ini, gua bukanlah bermaksud untuk mengatakan dengan muktamadnya kesemuanya itu illuminati. Dan tulisan gua ini pun bertujuan untuk menyindir golongan yang terlalu taksub dengan illuminati sehingga mengaitkan itu dan ini kepada illuminati dan seterusnya meggeletek ketiak gua sehingga tergelak berguling-guling. Itu saja.

Harap maaf sekiranya menggores perasaan mana-mana pihak

Renung-renungkan dan selamat beramal!