Komrad

Nov 23, 2008

yoga is haram in Islam...

Pagi ini aku terjaga dari tidurku yg agak hambar...lalu aku menuju ke bilik air dan menggosok gigi serta berwuduk utk solat subuh (tp aku tidur semula akhirnya lpas solat). Astaghfirullah.

Tepat pukul 10 pagi aku terjaga kembali.Aku menatap akbhar new straits times yg kebetulan berada di atas katil Abe (mungkin nama sebenar) dan terbaca muka depan yg tertera "Yoga Ban; Muslim barred from practising ancient discipline". Sememangnya aku telah menjangkakan keputusan tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan aku juga telah menjangka bahawa akan ada pihak2 yg akan menentangnya.

Aku tertarik dgn artikel dlm m/s 4; "Muslim yoga enthusiasts disappointed" yang memaparkan seorang wanita brpakaian kurang sopan sedang ber"yoga". Inikah yang dikatakan seorang Muslim?Berpakaian yang bagiku sama sahaja seperti bogel??? Aku kurg pasti samada gambar tersebut sememangnya gambar pengamal yoga yg dimaksudkan atau bukan namun ini bagiku sesuatu yang kurang "sihat".

"I believe yoga has not affected or eroded my faith..." kemudian "she said her faith in Islam was strong although she had been practising..."itulah yg dpt kupetik darinya...agak kelakar mendengarnya mengatakan :her faith in Islam was strong: tapi aurat tak tutup. Aku pun heran dan sedih membacanya.

"I'm disappointed that the council failed to see the bigger picture of benefits of yoga." Aku tambah sedih apabila dia seolah menyalahkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu yg agak hangat ini. Siapa dia hendak menyalahkan para ulama',mufti? Tinggi sangatkah ilmunya dalam hal keagamaan?? Biar aku ambil 1 contoh, ARAK. Arak diharamkan dalam Islam,tu semua org pun tau.Tapi Arak boleh memberikan kekuatan kepada si peminum (dgn izin Allah) tetapi tetap haram kerana memabukkan. Samalah juga halnya seperti yoga ini, menyihatkan badan akan tetapi berkemungkinan boleh merosakkan akidah umat Islam, Nauzubillahi min zalik.

Bagiku, tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan amatlah dialu-alukan. Cuma kini terserahlah kpd pihak berkuasa bagaimana utk menguatkuasakan fatwa tersebut. Wallahua'lam lis sawab.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?