Komrad

Nov 23, 2008

malam yg sepi...

Malam ini terasa sepi sekali...blok farabi tingkat 2 kelihatan muram ditenggelami lampu2 fluorescent yg menerangi laluan di tingkat ini.

Kelihatan lorong yg muram ini spt lorong2 sempit yg dipenuhi si polan dan si polan langganan nafsu berahi manusia yg mempunyai 9 akal 1 nafsu.

Sudah ada hamba2 Allah yg hina terkulai layu di atas alas yg berintikan span.Kuharap mereka yg terkulai tersebut dibuai nikmat TIDUR.

Ada juga hidupan berakal yg masih setia mengadap lappy mereka.Ada yg berblog (akukah),ada juga yg meratapi mainan kehidupan yg manusia sendiri mengarahnya dan juga mereka yg dipanggil pemain (gamers).

ku tengok cermin,mukaku tersenyum riang.Aku nggak pasti adakah refleksi imej mukaku ini tepat spt mukaku yg sebenar.

"Ish,tido lah" ngomongan dr roomate ku, jejaka berdarah budu. Kiraan ku tolak cmpur lagi 15 minit jarum jam roomateku sblum menunjukkan jam 3 tp aku sangsi adakah jam ini betul perkiraannya. Wah, esok subuhku entah ke mana kalau jam begini ku masih menjadi mukallaf.

YM ku menungguku. Ku tak sanggup membiarkannya terbiar menantikan aku melayaninya. GELI.Itulah roomateku ngomongkan kerana malam ini ku amat berbaku sekali.

SEPI YM keseorangan. Diriku pinta keluar dahulu. Salaam.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?