Komrad

Jan 28, 2009

CERITERA TAMAN SINAR HARAPAN

Hari ini hari Rabu...


Hari ini kehidupan sorg INSAN bernama Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah bermula spt biasa. Beliau bgn pd pukul 5.45 pg,dduk tmenung atas ranjangnya, kmudian pergi brsiram di bilek persiraman beliau dan strusnya ke Musolla Al-Furqan menunaikan kewajipan sbg sorg Muslim terhadap Yang Maha Kuasa.

Pagi ini, Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah berasa agak kurg selesa ketika sdg mengikuti kuliyyah ilmu BIOLOGI yg disampaikan oleh Mua'llimah Rohana atas sbb2 yg beliau sindiri kurg maklum puncanya; adakah disbbkan oleh berlakunya pergolakan hormon dlm jasad ataupun ketidakseimbangan tindak balas kimia yg menjadi dalangnya. Belum smpat Tuan Syeikh memulihkan dirinya drpd ketidakselesaan yg mencengkam, masuk pula Mua'llimah Noraini membawakan kuliyyah Inggeris sambil Tuan Syeikh berharap agar keadaan dirinya akan kembali ke tahap normal. Alhamdulillah, Tuan Syeikh memanjatkan syukur ke hadrat Rabbul Jalil krn akhirnya beliau berasa lebih molek berbanding sblumnya dan lebih bersemangat utk mengikuti Kuliyyah.

Akhirnya, kuliyyah tamat pd hari itu dan mengikut apa yg telah dirancangkan oleh Mua'llim Suwandi selaku moderator CAS, Tuan Syeikh akan turun pdg ke 1 rumah perlindungan kanak2 bersama2 para sahabat dlm Puak C3 (Craft and Creative Club) yang dikepalai oleh Syeikh Azhurin al-Sabah dan Puak Entrepreneur yang diketuai oleh Syeikh Hosni al-Ganu. Sementelah lg, Tuan Syeikh sndiri merupakan ahli Puak C3. Maka, tepat detik 10.35 pagi kedua-dua puak ini masuk ke dalam sebuah bas yang akan membawa mereka ke tempat yg dirancang dgn diiringi oleh Mua'llimah Sarina dan Mua'llimah Hindon. Setelah melalui jln yg agak berliku jg, akhirnya rombongan 2 puak ini pun sampai ke tempat yg diingini.

Sesampainya di sana, kedua2 puak disambut oleh seorg budiman iaitu Syeikh Basir dan dibawa ke Ad-Diwaanu Jami' dan kemudiannya Syeikh Basir mula memberi penerangan serba-sedikit tentang rumah perlindungan kanak2 istimewa yg lebih dikenali sbg Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah itu. Tuan Syeikh mendapati Syeikh Basir ini merupakan sorg yg tdak lokek akan ilmu dan pengetahuan beliau. Sementara mendgr Tuan Basir bercakap, sekali-sekali Tuan Syeikh terlihat akan kedatangan beberapa kanak2 yg pd firasat Tuan Syeikh merupakan penghuni kawasan tersebut. Usai penerangan, Syeikh Basir membawa Tuan Syeikh dan para sahabat beliau utk melawat kediaman para penghuni Taman Sinar Harapan. Hati Tuan Syeikh agak tersentuh sebaik melihat keadaan para penghuni yg kurang bernasib baik itu. Ada di antara mereka yg mengalami masalah mental, Sindrom Down, spastik dan mcm2 lg yg Tuan Syeikh kurg pasti. Namun, hati Tuan Syeikh juga sedikit terhibur pabila melayan kerenah beberapa penghuni yg agak mesra namun tetap terselit rasa hiba di hati melihat kondisi mereka dan terselit rasa insaf di hati Tuan Syeikh memandangkan suatu ketika dahulu Tuan Syeikh pernah mengalami rasa rendah diri melampau disebabkan oleh kecacatan artikulasi Tuan Syeikh; tidak mampu menyebut abjad R dgn betul dan kesukaran Tuan Syeikh utk bertutur dgn lancar.

Kemudian, Tuan Syeikh dan para sahabat dibawa pula pergi ke Kelas Khas utk para penghuni mempelajari beberapa kemahiran yg mungkin berguna bt mereka di masa depan. Sekali lagi, hati Tuan Syeikh agak tersentuh melihat hasil buatan dan karya para penghuni yg mengagumkan sekalipun terikat dgn kekurangan yg melanda diri. Bagi diri Tuan Syeikh, kesemua itu membuktikan bahawa para penghuni di sini sememangnya mempunyai kelebihan yg tersendiri namun akibat norma dan ideologi masyarakat yg masih di takuk lama, golongan ini disisihkan.

Setelah beberapa lama di kawasan tersbut, kini tibalah masanya bg Tuan Syeikh dan para sahabat utk kembali ke Madrasah MARA Seremban. Dgn rasa simpati dan hati yg agak tersentuh, Tuan Syeikh terpaksa mengorak langkah meninggalkan tempat itu dgn azam di hati utk kembali smula bg menghulurkan apa yg termampu.

Sekian...

Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?