Komrad

Jan 27, 2009

buat insan bergelar wanita...

Assalamualaikum w.b.t.


Sejak akhir2 ini, kita sering kali mendengar tuntutan dan perjuangan hak2 asasi manusia yang diperjuangkan oleh golongan wanita. Ramai yang melemparkan dakwaan bahawa sistem perundangan Islam tidak adil dan menyusahkan mereka. Sehingga ada yang mempersoalkan kenapa POLIGAMI dibenarkan dalam Islam. Tp di sini ana bukan nak membicarakan soal POLIGAMI, akan tetapi keistimewaan golongan wanita di sisi Islam. Di sini ana ingin berkongsi apa yg ana dpt setelah menjlnkan beberapa siri "penyelidikan mini" tentang apa yang golongan spt ini tidak berpuas hati atas alasan tidak relevan dgn hak asasi manusia.

01.Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

02.Wanita perlu meminta izin dari suaminya sekiranya hendak keluar rumah tetapi sebaliknya
bagi lelaki.

03.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

04.Wanita menerima harta pusaka kurang berbanding lelaki.

05.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung selama lebih kurang 9 bulan 10 hari dan
melahirkan anak.

06.Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi tidak bg suami.

07.Talak terletak pd suami bukannya isteri.

08.Wanita kurang dalam beribadat kerana mengalami haid dan nifas yang tiada pd lelaki.


Akan tetapi, pernahkah kita melihat knp semua ini digariskan oleh ALLAH SWT??

01.Jika kita mempunyai barang yang agak mahal dan berharga, sudah pasti kita akan menjaga,
membelai dan menyimpannya di tempat yang agak tersorok utk tujuan keselamatan. Pernah
kah kita lihat emas, intan permata bersepah di atas jalan raya?? Tidak bukan. Itulah analogi
betapa wanita amat tinggi martabatnya dlm Islam.

02.Wanita perlu taat kpd suaminya akan tetapi suami perlu taat kpd ibunya 3 kali lebih
berbanding ayahnya. Bukankah ibu itu seorang wanita?

03.Menjadi saksi merupakan satu kerja yang agak menyusahkan kerana terpaksa turun naik
mahkamah, kena beri keterangan, itu dan ini. Bukan itu sahaja, ALLAH memang telah
menjadikan golongan wanita ini emosinya mudah terganggu. Cthnya, sekiranya si pesalah itu
bt muka sedih/kesian/seposen, ada kemungkinannya wanita tersebut menarik balik
saksinya.

04. Dalam hukum perundangan Islam, wanita memang akan menerima harta pusaka yang
kurang berbanding lelaki. Akan tetapi, lelaki kena menggunakan hartanya utk menyara
isteri dan anak2. Manakala harta yg dimiliki oleh wanita itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diberi kpd suaminya.

05.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan kemudiannya melahirkan anak pula. Ini
memang susah sebenarnya,kalau ana pun mcm x sanggup je...tp bt kaum wanita, ketika itu
dirinya akan didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka
bumi ini dan matinya akibat melahirkan anak, jatuh pdnya syahid kecil dan diampunkan
dosanya (dosa kecil).

06.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 orang wanita iaitu
ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita
akan menjadi taggungjawab bg 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.

07. Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana2 pintu yg disukainya hanya dgn cukup
4 syarat; solat 5 waktu pd waktunya, puasa di bulan Ramadhan, taat kpd suaminya dan
menjaga kehormatannya. (Betulkan ana jika ada sebarang kesilapan di sini)

08.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah. Akan tetapi seorg wanita yang taat kpd suami
dan ALLAH SWT akan turut menerima pahala spt mereka yg berjuang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

Itula antara yg ana dpt kongsikan di sini. Sbg seorang lelaki, bg ana wanita sememangnya patut dimuliakan kerana merekalah yg akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat buat lelaki meskipun mereka dijadikan lebih lemah kekuatannya berbanding lelaki. Buat mereka yg bergelar wanita, bersyukurlah kerana dijadikan sbg seorg wanita. Sesungguhnya betapa tingginya martabat dan kedudukan wanita dalam Islam. Cuma yg menjadi masalah ialah terdapatnya beberapa pihak yg buta agama cuba memomokkan kedudukan wanita dlm Islam dan cuba utk mengubahnya mengikut sesuka hati mereka. Nau'zubillahi min zalik.

"Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lemahlah lelaki,
Kerana wanita jugalah kalahnya lelaki."


Subhanallah, betapa sayangnya ALLAH kpd golongan wanita oleh itu buat kaum lelaki sayangilah dan hormatilah mereka yg bergelar wanita.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?