Komrad

Jan 26, 2009

Ulu Bendul (Bahagian Akhir)

Dipendekkan cerita (panjang sgt kn), byk jg aktivit yg dilakukan oleh anggota rombongan Pak Kapet spt main bola tampar air, menahan air terjun dan mandi lulur pasir sungai. Akhirnya, setelah puas bersuka ria seharian, rombongan Pak Kapet bersedia utk meninggalkan kawasan tersebut. Hati berasa sedih....

Akhirnya, aku dan rakan memulakan perjlnan balik. Namun kelancaran perjalanan sedikit terganggu akibat kehadiran ramai pengembara dr UKM yg rata-ratanya terdiri dr kaum Hawa. Namun, keadaan kembali sediakala apabila tiba di Pondok Wakaf ke 2 dan rombongan Pak Kapet dpt meneruskan perjlnan dgn lebih lancar. Aneh sungguh, perjlnan balik kurasakan lebih mudah berbanding semasa perjalanan permulaan.

Terdapat 1 peristiwa sedih....
Seliparku putus kerana terjatuh semasa melalui anak sungai. Nasibku baik kerana seorang rakanku iaitu Im sudi meminjamkan selipar kepdku. Dan akhirnya semua ahli rombongan Pak Kapet berjaya keluar dgn selamat dan jayanya. Aku dan rakan2 bersepakat utk mengisi perut di 1 kedai makan dan aku memesan nasi ayam dan air kosong shaja.

Tepat pukul 5 lebih (aku agak jer), rombongan Pak Kapet berjaya menahan sebuah bas yg melalui jalan raya dan menaikinya utk kembali ke Kolej MARA Seremban ( Sekolah Dunia International Baccalauretae) dgn kepenatan dan keletihan.

TAMAT.

*Sekian sahaja Hikayat Ulu Bendul. Ini merupakan 1 kisah benar yg berlaku kpd sekumpulan pelajar Kolej MARA Seremban yg x dpt balik ke rumah masing2 smpena cuti Raya Cina pada 24 Januari 2009. Harap maaf sekiranya bahasa yg digunakan agak skema.

Moral cerita: Jangan memakai selipar kalau nk ke hutan, nanti putus.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?