Komrad

Jan 26, 2009

Ulu Bendul (Bahagian 3)

Puas merehatkan diri, rombongan Pak Kapet meneruskan pengembaraan. Jalan yang dilalui semakin berliku dan agak mencabar; ditambah dengan keadaan para pengembara yang kebanyakannya hanya berselipar. Aku amat terpegun dan kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung. Setiap masa aku lebih banyak mendiamkan diri dan hanya memperbanyakkan zikir dan doa utk memohon agar dipelihara keselamatan rombongan Pak Kapet ini. Hatiku berasa tenang dan rasanya ingin aku membawa yang tersayang utk turut bersama di sini melupakan kesibukan harian.

Pohon yang menghijau...
Bunyi air terjun yang mengalir deras...
Suara simfoni penghuni rimba yang mendamaikan...

Kulihat selfon ku dan kudapati tiada talian. Wah, pasti sudah agak jauh rombongan Pak Kapet ini mengembara! Akhirnya setelah jenuh berjalan, rombongan Pak Kapet tiba di pondok wakaf ke 2. Di sini terdapatnya Kem Tangga Batu (tapi xde kem pun) dan anggota rombongan merehatkan diri masing2. Beberapa ahli rombongan bertanya kpd beberapa org awam yg ditemui utk mengetahui jarak air terjun yang terakhir dan kami dpti ianyan sejauh 1 km lg. Oleh itu, tanpa membuang masa pengembaraan diteruskan. Halangan pertama ialah terpaksa melalui sungai yang berbatu licin di mana aku sendiri hampir berendam di dalam air yang sejuk itu. Laluan ke "air terjun" ini lebih mencabar dan agak licin. Setelah berjalan sejauh hampir 1 km pd firasatku, kami smpai di satu kawasan yang agak terbuka dan tiba2 1 peristiwa yang agak menghanginkan berlaku. Beberapa anggota rombongan Pak Kapet yg berada di hadapan mengarahkan rombongan utk berpatah balik ke Kem Tangga Batu kerana "air terjun" yg dituju agak jauh lg.

Oleh itu, dgn hati yang sebal (bukan bebal) rombongan Pak Kapet berpatah arah. Di Kem Tangga Batu, semuanya bersepakat utk hanya mandi di air terjun yg berdekatan dan segera menyalin pakaian. Pabila ku masukkan sahaja kakiku ke dalam air, aku mula kesejukan dan bermula adegan2 main air. Masing2 mula menunjukkan kebolehan diri walaupun tak berapa mahir berenang. Adegan kegemaran ialah posisi "mayat terapung". Setelah agak lama di dalam air, aku naik dan mencari bekalan makanan yg dibawa utk dimakan.

Akan bersambung di bahagian seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?