Komrad

Jan 25, 2009

Ulu Bendul (Bahagian 2)

sambungan dari Ulu Bendul(Bahagian 1)

Aku dan rakan2 berasa agak curiga dengan keadaan bas ini dan cuak akan keselamatan kami. Namun, kuberanikan diri juga utk duduk tanpa menghiraukan keadaan yang agak suam dan bising dek bunyi gesekan logam yang dihasilkan oleh pergerakan bas ini. Akhirnya setelah memerapkan punggung di atas kerusi selama hampir 40 minit dengan melalui jalan2 yang dipenuhi oleh selekoh tajam yag menakutkan, rombongan Pak Kapet sampai di kawasan Ulu Bendul. Kami mula mengambil fotograf2 utk dijadikan kenangan di kawasan perhentian bas. Kemudian kami menyeberangi jalan untk ke pintu masuk Hutan Lipur Ulu Bendul dan menghentikan langkah kami di kawasan yang agak "keras" kerana dipenuhi oleh batu2 besar. Pak Kapet memaklumkan kepada anak2 buahnya bahawa perjalanan ke air terjun akan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan menasihatkan supaya membeli bekalan makanan yang secukupnya. Aku tertarik dengan jualan ais krim oleh seorang pak cik yang bermotosikal sambil berkata "ais krim aiskrim" dan menuju ke arah beliau dan membeli satu kon aiskrim yang berharga RM1. Melihatkan tindakanku membeli aiskrim tersebut, rakan2 yang lain agak iri hati ataupun "jealous" bak kata orang kampungku segera menerpa ke arah pak cik tadi dan membeli aiskrim utk diri mereka sendiri. Sementara terdapat juga ahli2 lain yg ke gerai2 jualan di pintu masuk utk membeli kueh-mueh termasukla Pak Kapet sendiri. Tidak lama kemudian, Ciko dan He (kedua-duanya bukan nama sebenar) datang membawa kueh-mueh dan aku tanpa segan silu meminta dan seterusnya makan.

Apabila semua ahli rombongan telah bersedia, perjalanan diteruskan. Pada mulanya, perjalanan agak mudah kerana hanya berjalan di kawasan yang agak rata dan bersimen. Namun, cabaran bermula apabila kami mula terpaksa meredah anak sungai yang agak dingin air namun kurang kurasakan kerana simbahan cahaya matahari dan Lagu "Hot and Cold" dendangan Katy Perry mula bermain di mindaku. Seterusnya, aku dan rakan terpaksa berjalan melalui denai2 dan keadaan semakin mencabar; terpaksa berhati-hati dengan akar2 yang menjalar di tanah dan keadaan yang agak berbukit semakin melambatkan perjalanan. Kami terpaksa juga berhati-hati denga keadaan bumi yang agak licin disebabkan oleh wujudnya mata2 air dan aliran air yang aku sendiri tidak tahu asal wujudnya. Aku sendiri beberapa kali hampir terjatuh dan lebih menakutkan, denai2 tersebut terletak hanya beberapa inci dari gaung yang dalam. Tambah menyulitkan keadaan, rata2 ahli rombongan Pak Kapet hanya berselipar bukannya berkasut kerana tidak menjangkakan keadaan akan sesukar sedemikian. Setelah 40 minit berjalan, akhirnya aku dan rakan2 sampai di pondok wakaf pertam dan kami berehat terlebih dahulu selama 2 minit.

Akan bersambung di bahagian 3

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?