Komrad

Jan 25, 2009

Ulu bendul (Bahagian 1)

Pagi itu merupakan pagi Sabtu yang dingin, tenang dan mempesonakan. Usai solat Subuh, aku dan rakan2 bergegas ke Ad-Diwaanul Mat'am (Dewan Selera a.k.a. Dewan Makan) utk menikmati sajian sarapan pagi yang menyelerakan. Aku kurang pasti samada keadaan aman dan damai tersebut berpunca dari kurangnya penduduk di kawasan Parlimen Aminuddin, Burhanuddin, Farabi dan Aisyah kerana majoriti penduduknya pergi menjalankan tugas2 luar di rumah masing2 sempena Hari Raya Cina ataupun sudah memang ditakdirkan sedemikian.

Syahmi, Arif dan beberapa org rakan mengajakku utk menyertai mereka ke air terjun di Ulu Bendul. Pada mulanya, aku agak berat hati utk menyertai mereka kerana aku telah merancang utk menghabiskan permainan video sofistikated Need For Speed di Komputer Ribaku. Namun, setelah puas dipujuk, akhirnya aku meringankan hatiku utk pergi bersama-sama mereka.
Kesunyian pagi tersebut tiba-tiba telah dirosakkan oleh jeritan Aje (Azam, budak Kelantan) yang persis spt Penghuni Hospital Tanjung Rambutan mahupun Hospital Tampoi jika tidak keterlaluan utk kukatakan sedemikian...

Tepat pukul 8.30 pagi, rombongan remaja yang rindukan rumah masing2 namun tidak berupaya utk berbuat sedemikian memulakan perjalanan yang kukira memerlukan kekuatan mental dan fisikal dengan diketuai oleh Pak Kapet (budak A-Level) selaku Komander Pemerintah. Ahli rombongan Pak Kapet ini dianggotai seramai 15 kekuatan. Rombongan Pak Kapet ini memulakan perjalanan ke Terminal 1 (lebih dikenali sbg T1 sahaja) dengan berjalan kaki persis Tentera Jepun zaman penjajahan dahulu sahaja lagaknya. Sesampainya sahaja di T1, rombongan ini bermusyawwarah seketika utk memilih bas yang akan dinaiki. Akhirnya, semuanya bersepakat utk menaiki sebuah bas yang agak usang dan tidak berdingin hawa namun persetankan semua itu. Bak kata orang tua2, tiada rotan, akar pun jadilah.

Akan bersambung di bahagian 2...

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?