Komrad

Mar 17, 2009

banjir...

16 Mac 2009, 0545

Kedengaran suara Abah yang mengejutkan seluruh isi rumah. "Banjir, banjir!" katanya. Lantas kulihat menerusi tingkap bilik dan kelihatan air mula mengisi ruang halaman rumah. Aku lantas menunaikan solat subuh dan melakukan apa yang patut.

16 Mac 2009, 0700

Aku dan keluarga bersarapan. Kali ini air mula sampai di garaj. Kulihat sebuah sekolah rendah yang berada 25 meter dari rumahku kelihatan seperti terapung di atas "lautan banjir".

16 Mac 2009, 0900

Air semakin laju bergerak. Aku dan keluarga mula menjalankan kerja2 memindahkan barang2. Pada waktu ini, air di kawasan halaman rumahku sudah separas betis. Manakala air yang mula melimpahi kawasan garaj baru mula menunjukkan belangnya. Abah menelefon pak cik dan bertanya keadaan di rumah datukku dan khabarnya, air di rumah tersebut telah separas pinggang.

16 Mac 2009, 1200

Pada waktu ini, air mula memasuki rumahku. Mujur semua perabot dan barang2 berharga telah kami pindahkan. Air di halaman rumahku sudah separas lutut. Air begitu pantas bergerak sehinggakan ketika kami sedang makan tengah hari dengan duduk di atas lantai yang pada mulanya kering, namun tidak lama kemudian telah digenangi air.

16 Mac 2009, 0550

Air sudah memenuhi tingkat bawah rumahku. Mujur ada tingkat atas. Kulihat kali ini halaman rumahku sudah seperti sebuah tasik cetek.

2 comments:

  1. Aduh, banjir la pulak. Takpe2, asalkan kamu selamat.

    ReplyDelete
  2. serious umah ko banjir???...
    bapak ah...
    serious dowh...(dani foo)..
    link aku skali..

    ReplyDelete

Sebarang masalah?