Komrad

Jul 25, 2009

Memperingati 4 tahun pemergian Ahmad Deedat

Kenalkah anak2 muda hari ini dgn Almarhum Sheikh Ahmad Deedat? Pastinya hanya sedikit sahaja i ini yg mengenali Almarhum lantaran menularnya virus hedonisme yg melampau hasil propaganda barisan orientalis dan Yahudi yg sememangnya bencikan Islam hingga akhir zaman.

Tanggal 8 Ogos 2009 kelak, maka genaplah 4 tahun beliau meninggalkan kita. Ahmad Deedat, Hujjatul Islam zaman moden ini sememangnya menjadi ikon kpd para dai'e dan digeruni lawan dlm mana2 perdebatan berkaitan ketuhanan.

Aku tertarik dgn 1 artikel dlm majalah Al-Islam keluaran Ogos 2009 yg menyiarkan perihal Sheikh Ahmad Deedat tg cuba utk dimurtadkan beberapa Kaafiruun semasa 9 tahun akhir hidupnya (beliau terlantar sakit). Ternyata tahap keimanan Almarhum begitu tinggi dan mampu mencantas segala usaha kotor tersebut meskipun tidak mampu bercakap lagi (beliau menggunakan sebuah komputer yg menggunakan teknologi pergerakan iris mata utk menzahirkan buah fikirannya). Beliau menggunakan ayat2 dlm bible sendiri bagi mematahkan usaha sang Kristian memurtadkannya. Subhanallah.

Meskipun terlantar sakit, minda beliau tetap tajam dan menurut kata Sabiha Doolar Khan yg selalu menemui Almarhum, tidak pernah ada org yg kelihatan hebat dan menenangkan ketika sakit dan terlantar di atas katil melainkan Sheikh Ahmad Deedat.

Lihatlah Almarhum Sheikh Ahmad Deedat, beliau berjaya mempertahankan AKIDAH TAUHIDnya hinggalah ke akhir hayat dan seharusnya dijadikan pedoman kpd kita semua umat Islam.

Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yg menjadi penghuni Syurga ALLAH SWT.

AL-FATIHAH buat Almarhum Syeikh Ahmad Deedat...

3 comments:

  1. ceh. aku ingat izzat deedat td
    wat saspen je
    haha

    ReplyDelete
  2. oo..aku pun tau cite skit2 je psl allahyarham..thanx weh bagi information ni..

    ReplyDelete
  3. to fana: haha izzat deedat tu lain la.

    to tokie: welkem, sma2 la kita mneruskan syiar islam di akhir zaman ini

    ReplyDelete

Sebarang masalah?