Komrad

Jul 25, 2009

Memperingati 4 tahun pemergian Ahmad Deedat

Kenalkah anak2 muda hari ini dgn Almarhum Sheikh Ahmad Deedat? Pastinya hanya sedikit sahaja i ini yg mengenali Almarhum lantaran menularnya virus hedonisme yg melampau hasil propaganda barisan orientalis dan Yahudi yg sememangnya bencikan Islam hingga akhir zaman.

Tanggal 8 Ogos 2009 kelak, maka genaplah 4 tahun beliau meninggalkan kita. Ahmad Deedat, Hujjatul Islam zaman moden ini sememangnya menjadi ikon kpd para dai'e dan digeruni lawan dlm mana2 perdebatan berkaitan ketuhanan.

Aku tertarik dgn 1 artikel dlm majalah Al-Islam keluaran Ogos 2009 yg menyiarkan perihal Sheikh Ahmad Deedat tg cuba utk dimurtadkan beberapa Kaafiruun semasa 9 tahun akhir hidupnya (beliau terlantar sakit). Ternyata tahap keimanan Almarhum begitu tinggi dan mampu mencantas segala usaha kotor tersebut meskipun tidak mampu bercakap lagi (beliau menggunakan sebuah komputer yg menggunakan teknologi pergerakan iris mata utk menzahirkan buah fikirannya). Beliau menggunakan ayat2 dlm bible sendiri bagi mematahkan usaha sang Kristian memurtadkannya. Subhanallah.

Meskipun terlantar sakit, minda beliau tetap tajam dan menurut kata Sabiha Doolar Khan yg selalu menemui Almarhum, tidak pernah ada org yg kelihatan hebat dan menenangkan ketika sakit dan terlantar di atas katil melainkan Sheikh Ahmad Deedat.

Lihatlah Almarhum Sheikh Ahmad Deedat, beliau berjaya mempertahankan AKIDAH TAUHIDnya hinggalah ke akhir hayat dan seharusnya dijadikan pedoman kpd kita semua umat Islam.

Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yg menjadi penghuni Syurga ALLAH SWT.

AL-FATIHAH buat Almarhum Syeikh Ahmad Deedat...

Jul 24, 2009

Cabaran bagi seorang Muslim masa kini

Alhamdulillah selepas sekian lama akhirnya dpt juga aku meluangkan masa utk menambahkan coretan dlm blog ini.

Melihat kpd title di atas, aku ingin menyentuh beberapa perkara yg bagiku sedikit sebanyak telah lari dari landasan Islam yg sebenar. Akhi Izzat Deedat (1 kelas dgn aku) telah mengkhabarkan kpd ku tentang 1 'muzakarah' yg akan diadakan kelak bg membincangkan tentang English Carnival baru2 ini.

Maka aku dgn berbesar hati menerima tawaran beliau tersebut (mcm offer berlakon pula) utk kepentingan warga Muslimin Muslimat KMS sekelian. Oleh itu, aku mula memikirkan tentang perkara2 yg perlu diambil perhatian berkenaan dgn English Carnival tersebut.

Sebenarnya perkara2 yg sememangnya "kurang betul" mengikut pandangan Islam banyak berlaku dlm karnival tersebut. Hal ini aku dpt perhatikan sejak mula lagi iaitu semasa aku menjadi Facilitator utk Ice Breaking. Para peserta diarahkan utk mendptkan kertas2 yg tertulis nama mereka dgn keadaan kaki mereka diikat bersama (jantina yg sama). Masing2 kumpulan bekerja keras utk mendptkannya sehinggakan batas lelaki perempuan dilanggar dan cukup memalukan bagiku, sehinggakan pd 1 ketika aku sedang berdiri di 1 sudut, aku dirempuh oleh sekumpulan peserta perempuan dari belakang. Mujur sempat mengelak.

Seterusnya "kemungkaran" yg paling jelas terjadi ketika hari terakhir karnival. Terdapat segelintir peserta yg mendedahkan yg x sepatutnya (aurat maksudku), dgn keadaan tapak booth yg kelihatan menjadi tapak Wild Party di mana mereka menari, bergelek sakan bagai lupa kiamat semakin dekat. Aku hanya mampu menggeleng.

Islam tidak melarang umatnya berhibur. Hiburan itu perlu bagi seorang manusia normal asalkan ianya tidak melanggar batas2 syarak.

akan bersambung...

Jul 6, 2009

CONGRATZ TO SENIORS

Congratulations to those IB seniors who managed to score 35 and above

2 of them score 43 out of 45.

wish u luck in the future

Be a good docs, teachers and actuarist.