1 skrip drama kehidupan berkaitan title post aku... (agak cliche')
Tajuk: Doktor (sangat lame)
Watak: Dr. X (berumur 40-an, ada klinik sendiri), Pn. Y (berumur 30-an, demam) dan Misi Z (nurse di klinik Dr. X)
Latar tempat: Klinik Dr. X
Latar masa: Jam 10 pagi
....
Misi Z: No. 222, bilik 1 (memanggil pesakit).
(Kelihatan Pn. Y berjalan memasuki Bilik 1).
Dr. X: Oh, selamat pagi Puan. Silakan duduk (sambil tersenyum dan memikirkan duit).
Pn. Y: Selamat pagi, terima kasih doktor (membalas senyuman dan menarik kerusi untuk duduk).
Dr. X: Puan sakit apa? (soalan cliche')
Pn. Y: Saya demam doktor. Dah 3 hari panas badan, batuk-batuk, sakit tekak bla bla bla.
Dr. X: Ada mana-mana contact dengan pesakit H1N1?
Pn. Y: Rasanya takde doktor...kenapa?
................
................
................
(Selepas diperiksa dengan lebih dengan lebih lanjut oleh Dr. X, sangat cliche')
Dr. X: Puan cuma demam biasa saja. Saya akan bagi ubat ni, ubat tu dan ubat-ubatan. Sila ambil di kaunter ya. Jangan lupa bayar (memang mata duitan Dr. X ni)
Pn. Y: Baiklah doktor. Terima kasih.
Dr. X: Sama-sama.
Itulah drama sebabak yang berjaya aku hasilkan dalam masa 5 minit.
Tak lama lagi insyaAllah kalau tiada aral melintang aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan a.k.a. medicine.
Langsung tidak pernah terlintas di fikiran aku semasa kecik-kecik dulu nak jadi doktor.
Dulu aku selalu angan-angan nak jadi Superman (yang pakai spender kat luar tu), Batman (ada batmobile yang best), Masked Rider a.k.a. Kesatria Baja Hitam (Cara dia bertukar best), Power Rangers (aku nak jadi Red Ranger), Ultraman (Ultraman Taro sangat nostalgik) dan banyak lagi.
Aku juga pernah terpikir nak jadi polis, tentera, cikgu, peguam, engineer, hakim, penyanyi, pelakon, penulis dan tukang masak.
Tapi dalam banyak-banyak tu tak pernah terpikir pun nak jadi doktor.
Kenapa aku nak sangat jadi doktor ni???
Ni antara sebab-sebab cliche' yang selalu dimomokkan oleh orang ramai:
1. Saye nak tolong orang...sebab saye suke tolong orang (sangat cliche')
2. Saye nak dapat duit banyak...sebab saye nak jadi kaye (ni sangat mata duitan)
3. Saye nak ubah nasib keluarga...sebab keluarga saye susah (ni sangat mulia)
4. Saye nak penuhi hasrat dan impian mak bapak saye...dorang nak saye jadi doktor (errr, no komen)
5. Saye ade sebab tersendiri kenape nak jadi doktor. Full stop.
Kesimpulannya, aku memang nak jadi doktor. Doakan kejayaan aku.
...
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?