Komrad

Jun 9, 2010

Keh-Em-Es

Assalamualaikum...

Abg dah bergelar penganggur terhormat buat masa ini...tak tau nak buat apa...so abg amat rajin utk mengunjungi laman sesawang tak kirala blog member-member, fesbuk, berita hairan, malaysia kini dan yg sewaktu dgnnya...dlm tgk-tgk blog abg perasan yg ramai member-member yg cerita balik psl pengalaman kt Keh-Em-Es...kenangan mengusik jiwa la katakan (dipetik dari SINAR FM).

So, abg pun buat keputusan nak cerita la sikit apa yg abg suka lalui kat Keh-Em-Es ni....

1. Abg suka tidur di pelbagai katil...tak tau knapa mungkin sbb abg jarang kemas katil sndiri...yg slalu jd mangsa katil siddiq, jhar, arep dan deedat...sampai member-member lain telah mencipta satu term iaitu mem-PAUS-kan diri...hebat sgt populariti abg.

2. Abg suka keluar lepak kat NKI Bistro sebelah Seremban Parade...ni especially weekend di mana abg dan member-member lain kuar dlm pukul 11 mlm dan berjalan kaki dlm kesuraman malam ke bistro...sje je lepak...sem 2 ialah zaman kemuncak fly ni bila abg kuar hampir setiap weekend.

3. Abg suka panjat pagar kolej...ni terjadi apabila gate B kunci psl dah lewat malam...dulu pagar ni rendah, senang panjat...tp la ni dah tinggi, susah nak panjat...tajam lg tu...mau tembus perut klu tersangkut...tp abg tabahkan hati panjat pagar sbab nak tgk match El-Classico Barcelona lwn Real Madrid kt bistro...kesudahannya, jari luka kena hujung pagar yang tajam..seluar koyak.

4. Abg suka beli kuay teow goreng + telur + sambal kat gerai lahuma....actually abg pun tak tau nama sebenar ketiga-tiga mereka...tp atas pengaruh novel RANJAU SEPANJANG JALAN karya SHAHNON AHMAD kitorg namakan mereka sbg Lahuma, Jeha dan Ali Ketopi...

5. Abg suka mempermainkan anjing-anjing kat taman perumahan sekitar Keh-Em-Es...pernah dikejar seekor anjing doktor India yg tinggal sebelah kolej..pastu ada 1 rumah cina yg anjing dia besar nak mampos...

6. Abg suka makan kat meja luar menghadap rumah PN. FOO TONG TONG....sebabnya? Abg boleh usha sesiapa saja yg lalu kat jalan depan kolej...dpt tgk matahari terbenam...sgt romantis gitu..rumah FOO TONG TONG turut tidak terkecuali.

7. Abg suka online kat bilik LT3...sangat sejuk di situ umpama berada di dalam peti sejuk...

8. Abg suka dgr ceramah Cikgu Jowel...dia ni bekas kaunselor kolej...asal Sandakan...memang kelakar sungguh Cikgu Jowel ni...lawak dia memang berkesan.

9. Abg suka dtg bilik Pn. Rohana especially selepas exam....dia ni cikgu Biologi merangkap KJ Science...Sebab? lu pikir la sndiri...

10. Abg suka cikgu-cikgu yang ada kat kolej ni...walaupun dorang agak berumur, tp berpengalaman...dorang tgk abg dan member-member mcm anak sndiri...

Tu lah antara benda-benda yang abg suka kat Keh-Em-Es ni....banyak lagi sebenarnya tp klu nak tulis kat sini rasa nya dua hari dua malam pun belum tentu habis....duduk buat IB 2 tahun kat Keh-Em-Es ni byk ajar abg invaluable things yg abg tak kan dpt dlm kelas akademik....utk semua member-member abg, selamat berjaya...lpas ni mungkin susah nak jumpa korang...ada yg p india (Manipal dan Ramaiah), NZ, Aussie...korang memang best...thanks for the memories (mcm lagu the click five)

SAYA SAYANG KOLEJ MARA SEREMBAN

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?