Komrad

Jun 6, 2010

Mamat Pemimpin Melayu Masa Kini

Kuala Selangor, 04 Jun - Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Syafiq Anwar bin Sa'aya iaitu Perdana Menteri Kerajaan Negara KMS hari ini telah diumumkan sebagai Pemimpin Melayu Masa Kini dalam majlis penutupan Persidangan BTN yang bertempat di Istana Mega Crystal, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.


Mengulas mengenai kronologi yang membawa kepada gelaran tersebut, beliau berkata bahawa ini semua adalah hasil kerjasama semua rakyat Melayu khususnya di Negara KMS. Rata-rata pihak begitu gembira dengan pemerintahan Mamat yang berjiwa rakyat dan mementingkan perkembangan akhlak seiring dengan kemajuan ekonomi dan sosio-budaya bangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Abe Ih pula berkata,

"Saya berasa begitu bangga dapat berkhidmat di bawah pemerintahan beliau yang mana dapat kita lihat kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi oleh seluruh lapisan masyarakat. Saya juga berharap agar semua rakyat negara KMS ini dapat memberikan sokongan padu yang tidak terhingga kepada pucuk pimpinan."

Dalam masa yang sama, Maharaja Bagong juga turut mengucapkan tahniah di atas pengurniaan gelaran Pemimpin Melayu Masa Kini kepada beliau dan amat berterima kasih dengan jasa dan khidmat yang beliau berikan kepada masyarakat, agama dan negara.

2 comments:

Sebarang masalah?